- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

COVID-19 : KKM kesan ketahanan tubuh pesakit yang telah sembuh tidak kekal

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan satu lagi komplikasi yang terpaksa dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 yang telah sembuh iaitu keadaan ketahanan tubuh pesakit yang tidak kekal.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, selepas tiga bulan pesakit sembuh, tahap antibodi Immunoglobulin G (IgG) dan Immunoglobulin M (IgM) akan berkurangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook [1]

Tambah beliau, keadaan ini sekaligus menyebabkan bekas pesakit-pesakit COVID-19 mudah terdedah kepada jangkitan lain walaupun setelah pulih sepenuhnya.

“Mungkin ada kesan kepada imuniti individu tersebut. Kalau individu tersebut mempunyai imuniti rendah, mudah untuk mendapat jangkitan kuman. Bukan hanya COVID-19 tetapi kuman lain”, jelas ketika sesi sidang media 24 Jun lalu.

Dalam pada itu, KKM kini sedang memberi tumpuan kepada rawatan susulan dan pemantauan terhadap pesakit-pesakit yang telah sembuh, khususnya bagi pesakit dalam kategori empat dan lima.

Gambar hiasan/Astro Awani [2]

Pesakit kategori empat ialah mereka yang memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah bagi pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Mereka sedang dalam proses untuk kita lihat kesan sampingan jangka panjang. Yang itu kita sedang laksanakan”, tambah beliau lagi.

KKM juga sebelum ini turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan rawatan dan kajian saintifik menggunakan jenis ubat ‘hydroxychloroquine’ terhadap pesakit COVID-19.

Ini kerana ubat yang lazimnya digunakan untuk merawat malaria berkenaan mampu mengakibatkan komplikasi kesihatan kepada pesakit.

loading...