- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Bahaya bucu katil, seorang ibu kongsi pengalaman ngeri apabila anak kecilnya luka sehingga terpaksa dijahit kerana jatuh

Bukan mudah untuk menjaga anak kecil terutama mereka yang lasak dan ‘hyper’. Setiap hari ada sahaja tingkah laku yang membuatkan kita bimbang akan keselamatan mereka.

Namun, memang lazimnya anak kecil akan bergerak aktif ketika mereka sedang membesar. Jadi, sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memerhatikan tingkah anak kecil mereka supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Siti Hajar Sulaiman/Facebook [1]

Baru-baru ini seorang ibu telah berkongsi pengalamannya berhadapan detik cemas apabila anak kecilnya cedera teruk akibat terjatuh di bucu katil.

Gambar Hiasan/Unsplash [2]

Cerita tersebut telah dikongsikan di laman Facebook miliknya, Siti Hajar Sulaiman [3] menceritakan detik panik apabila anak kecilnya terjatuh pada bucu kecil sehingga mengalami luka teruk dan terpaksa menerima jahitan.

Siti Hajar Sulaiman/Facebook [1]

Puan Siti juga memuat naik beberapa keping gambar anaknya, Adam yang cedera di hidung. Jika dilihat memang agak parah luka tersebut sehingga berdarah teruk.

Memandangkan luka yang dialami agak dalam Adam terpaksa menerima jahitan dan pasti momen tersebut adalah sangat menyakitkan buat si kecil itu.

Siti Hajar Sulaiman/Facebook [1]

Status tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen di Facebook. Ramai yang mengambil pengajaran atas apa yang berlaku supaya kejadian ini tidak berlaku kepada keluarga mereka.

Siti Hajar Sulaiman/Facebook [1]

Ramai jugai juga yang melahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku kepada Adam dan turut mendoakan supaya Adam cepat sembuh.

loading...