Bukan mudah untuk menjaga anak kecil terutama mereka yang lasak dan ‘hyper’. Setiap hari ada sahaja tingkah laku yang membuatkan kita bimbang akan keselamatan mereka.

Namun, memang lazimnya anak kecil akan bergerak aktif ketika mereka sedang membesar. Jadi, sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memerhatikan tingkah anak kecil mereka supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Siti Hajar Sulaiman/Facebook

Baru-baru ini seorang ibu telah berkongsi pengalamannya berhadapan detik cemas apabila anak kecilnya cedera teruk akibat terjatuh di bucu katil.

Gambar Hiasan/Unsplash

Cerita tersebut telah dikongsikan di laman Facebook miliknya, Siti Hajar Sulaiman menceritakan detik panik apabila anak kecilnya terjatuh pada bucu kecil sehingga mengalami luka teruk dan terpaksa menerima jahitan.

Siti Hajar Sulaiman/Facebook

Puan Siti juga memuat naik beberapa keping gambar anaknya, Adam yang cedera di hidung. Jika dilihat memang agak parah luka tersebut sehingga berdarah teruk.

Memandangkan luka yang dialami agak dalam Adam terpaksa menerima jahitan dan pasti momen tersebut adalah sangat menyakitkan buat si kecil itu.

Siti Hajar Sulaiman/Facebook

Status tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen di Facebook. Ramai yang mengambil pengajaran atas apa yang berlaku supaya kejadian ini tidak berlaku kepada keluarga mereka.

Siti Hajar Sulaiman/Facebook

Ramai jugai juga yang melahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku kepada Adam dan turut mendoakan supaya Adam cepat sembuh.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular