Setelah lebih tiga bulan sekolah ditutup, seperti yang kita sedia maklum, sesi persekolahan telah pun dibuka semula pada 24 Jun, melibatkan kesemua pelajar tingkatan lima dan enam di seluruh negara.

Keputusan pembukaan semula sekolah berkenaan yang melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Gambar hiasan/Facebook

Kesemua pelajar terbabit perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP), di samping mengamalkan normal baharu persekolahan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sebelum ini.

Justeru itu, tular pula video seorang pelajar yang ditemuramah oleh wartawan daripada Malaysia Gazette yang ketika itu mahu mendapatkan pandangan segelintir pelajar ketika sekolah kembali dibuka semula.

@rpiizy/Twitter

Pelajar yang lebih dikenali sebagai Fikri itu kelihatan begitu tenang menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan namun agak melucukan apabila mendengar jawapan daripada mulut Fikri itu sendiri.

Ketika ditanya apa aktiviti yang dilakukannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, dengan bersahaja dia menjawab bahawa dia hanya menonton drama Korea dan tidur.

@Fkriifauzi/Twitter

Jawapan yang begitu jujur itu mengundang tawa mereka yang berada di dalam kelas dan mungkin gurunya juga pada ketika itu!

Sehingga kini, video yang dikongsikan di laman Twitter itu telah ditonton 1.2 juta kali dan rata-rata pengguna turut terhibur dengan reaksi serta jawapan yang diberikan Fikri.

@rpiizy/Twitter

@rpiizy/Twitter

@rpiizy/Twitter

@rpiizy/Twitter

Keberanian Fikri menjawab dengan jujur harus dipuji. Mungkin selepas ini masa perlu digunakan sebaiknya. Simpan dulu keinginan untuk tonton drama Korea ya. Selamat menjalani sesi persekolahan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular