Bukan mudah untuk menerima kenyataan apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi. Pasti hati akan diasak dengan perasaan sedih dan untuk mengubati luka itu pastinya tidak mudah.

Itulah yang dirasakan oleh seekor angsa apabila dia didapati mati kerana terlalu sedih dengan kejadian yang berlaku ke atasnya.

Twitter

Apa yang berlaku ialah telur yang dimilikinya telah pecah akibat dibaling batu oleh sekumpulan remaja lelaki. Kejadian itu berlaku di tasik Greater Manchester, Bolton dimana angsa ini menyimpan telurnya yang masih belum menetas.

Angsa betina itu kemudian dilaporkan mati, tidak lama selepas pasangannya menghilangkan diri. Ada yang mengatakan bahawa pasangannya menghilang selepas dihalau daripada sarang mereka dan sejak itu dia tidak pernah kembali ke situ.

Kesedihan angsa itu bertambah apabila sekumpulan remaja lelaki tersebut telah membaling batu dan bata ke arah sarangnya sehingga menyebabkan tiga daripada enam biji telurnya telah pecah.

Twitter

Aktivis hidupan liar yang mengawasi angsa itu kemudian memberitahu bahawa angsa itu hanya memiliki sebiji telur selepas telur yang lain telah hilang. Angsa betina itu juga telah diganggu oleh ayam betina, itik dan seekor anjing sejak kejadian itu.

Seorang aktivis, Sam Woodrow berkata bahawa angsa betina itu mungkin mati kerana patah hati apabila pasangannya telah dihalau pergi dari situ.

Menurut Swan Lifeline pula angsa itu mati kerana patah hati selepas kehilangan pasangannya ditambah dengan tekanan perasaan yang dialami. Hal ini kerana angsa biasanya hanya ‘kahwin’ sekali seumur hidup.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular