Bahaya di jalan raya boleh terjadi di mana-mana dengan pelbagai halangan. Tidak kiralah sama ada struktur jalan yang berlubang, tidak rata, permukaan yang licin mahupun apa-apa alat yang tertinggal atau terjatuh di atas jalan raya.

Untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku, pemandu lazimnya akan berusaha untuk mengelak daripada melanggar item berbahaya yang berada di atas jalan raya. Bagaimanapun, penemuan puluhan paku panjang yang berselerakan di atas jalan raya pastinya mengundang kerosakan terhadap kenderaan kerana saiznya yang kecil dan sukar untuk dikesan di atas jalan raya.

Khanafi Mohd/Facebook

Menerusi perkongsian oleh Khanafi Mohd di laman kumpulan Johor Bahru Traffic, Crime & Community Service Report pada pagi 21 Jun lalu, Khanafi Mohd telah memuatnaik 4 keping gambar yang menunjukkan penemuan hampir segenggam paku panjang yang berselerakan di atas jalan raya di jalan Skudai-Tampoi dekat jejambat (flyover) sebelum Pekan Rabu/Petronas.

Khanafi Mohd/Facebook

Khanafi Mohd/Facebook

Selain itu, Khanafi Mohd turut menambah bahawa kesan curahan minyak pula ditemui di persimpangan Tasek dan Danga Bay sehingga menyebabkan dua buah kereta hilang kawalan ketika melintasi kawasan berkenaan.

Sehingga kini, masih belum diketahui motif yang dilakukan oleh penjenayah dan orang ramai diminta untuk sentiasa berhati-hati ketika melintasi kawasan yang dinyatakan ini. Hal ini kerana, dibimbangi paku-paku panjang yang bertebaran di atas jalan raya itu boleh menusuk ke dalam tayar motosikal mahupun kereta seterusnya membocorkan tayar.

Khanafi Mohd/Facebook

Bagi tumpahan minyak pula, kenderaan yang melaluinya berisiko untuk hilang kawalan terutamanya ketika hari hujan kerana jalan raya yang licin dan berminyak.

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman dari Khanafi Mohd ini telah meraih sehingga 902 perkongsian, 541 reaksi dan 208 komen.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Uncategorized

Video Popular