Seorang bayi berusia 40 hari dilaporkan meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19 pada usia 28 hari.

Kes yang berlaku di Pamekasan, Indonesia ini terjadi selepas kedua ibu bapa bayi pulang dari hospital dan membenarkan jiran-tetangga mereka datang melawat dan memegang bayi berkenaan.

Unsplash

Keputusan ujian COVID-19 yang dilakukan kepada kedua ibu bapa bayi berkenaan bagaimanapun menunjukkan keputusan negatif, sekaligus menunjukkan bahawa bayi itu berkemungkinan besar dijangkiti daripada jiran-tetangga yang datang melawatnya.

Menurut Tribunnews, semasa dilahirkan, bayi tersebut masih berada dalam keadaan yang sihat, tetapi selepas pulang ke rumah dan menerima pelawat, bayi tersebut mula menunjukkan tanda jangkitan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.

Bayi merupakan salah-satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus seperti COVID-19 kerana sistem imun bayi masih lemah dan saluran pernafasan mereka masih sempit, sekali gus membuatkan mereka mudah dijangkiti penyakit yang melibatkan saluran pernafasan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan seperti melakukan penjarakan sosial dan mengelakkan perhimpunan berkumpulan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular