- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Gadis panjat pokok untuk dapatkan capaian internet di Sabah, terima tawaran biasiswa daripada UMS

Seperti yang kita sedia maklum, realiti pelajar di kawasan pedalaman sememangnya sukar untuk mendapatkan akses internet, seperti kisah pelajar sebuah universiti tempatan yang terpaksa bermalam di pokok demi menjawab peperiksaan secara dalam talian.

Kisah Veveonah Mosibin, pelajar jurusan Asasi Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebelum ini pernah menyentuh hati kita semua ekoran tekad dan usahanya untuk berkorban agar dirinya tidak ketinggalan.

Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas itu difahamkan terpaksa memanjat pokok bagi membolehkannya menerima capaian internet yang lebih stabil sepanjang peperiksaan secara dalam talian itu berlangsung pada 9 Jun lalu.

Jabatan Penerangan Negeri Sabah [1]

Hakikat itu ternyata membuka mata banyak pihak termasuklah Yayasan Nur Jauhar. Sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan baru-baru ini telah disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni telah diberikan kepadanya.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengerusi yayasan, Kolonel (Kehormat) Al-Hambra Tun Juhar, Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin serta ibu bapa Veveonah iaitu Mosibin Makrun dan Rofinah Ungo.

Jabatan Penerangan Negeri Sabah [1]

Menurut Prof Dr Taufiq, pihak pengurusan UMS telah bersetuju untuk menyediakan biasiswa kepadanya, yang menamatkan pengajian Asasi Sains di UMS untuk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana muda di universiti tersebut.

Professor Dr. Taufiq Yap Yun Hin/Facebook [2]

“Kita harap beliau akan mengharungi cabaran menuntut ilmu dengan baik dan smeoga dia cemerlang dalam akademik sekaligus mendapat pekerjaan yang baik kelak”, katanya.

Veveonah dalam pada itu, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yayasan di atas sumbangan yang disalurkan itu. Ia disifatkan olehnya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dan cemerlang dalam pelajaran.

loading...