Lazimnya, wang syiling yang kita miliki hanya akan dibiar di dalam tabung atau bekas kosong khas.

Tindakan ini selalunya dilakukan kerana wang syiling memerlukan ruang khas kerana jika tidak, jumlah wang syiling yang banyak akan memberatkan dompet.

Gambar Hiasan/Unsplash

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa ada beberapa cawangan bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan mesin deposit wang syiling?

Pada tahun 2014, Bank Negara telah mengumumkan bahawa perkhidmatan mesin deposit wang syiling akan mula beroperasi di bank-bank di seluruh negara. Bagaimanapun, sehingga kini, masih ramai yang belum mengetahui tentang perkara ini dan hal ini adalah satu kerugian!

Sarawakku/Facebook

Contohnya seperti di Maybank, mereka menyediakan perkhidmatan mesin ini dan setelah wang syiling dimasukkan dan dikira, mesin tersebut akan mengeluarkan resit kepada pelanggan yang memasukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun Maybank mereka.

Menarik!

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendeposit jumlah wang syiling ke dalam akaun:

1. Pilih bahasa pada mesin deposit wang syiling dan letakkan semua wang syiling ke dalam ruang yang disediakan apabila diarahkan.

2. Tunggu sebentar sehingga mesin selesai mengira jumlah wang syiling yang terkumpul. Kadang-kala, mesin akan menolak beberapa keping wang syiling, tetapi tidak perlu risau. Ambil semula wang di ruang bawah kiri mesin dan masukkan semula wang syiling berkenaan.

3. Setelah semua wang syiling selesai dimasukkan dan dikira, mesin deposit wang syiling itu akan mencetak dua slip untuk anda iaitu slip resit dan slip baucar syiling. Perlu diingat, baucar yang dicetak ini hanya sah untuk satu hari sahaja!

YouTube

4. Seterusnya, dapatkan nombor giliran untuk berurusan di kaunter bank. Kemudian, isikan borang deposit yang diberikan sebelum memberikan borang deposit berkenaan bersekali dengan slip baucar kepada pegawai perkhidmatan di kaunter.

Jika anda memerlukan penerangan bervisual, tonton perkongsian di laman YouTube ini.

Zaim Channel/YouTube

Berikut adalah senarai 28 cawangan Maybank yang menawarkan perkhidmatan mesin deposit wang syiling sebegini.

  1. KL Main Branch
  2. Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
  3. Shah Alam Main Branch
  4. USJ Subang Jaya Branch
  5. Seremban Branch
  6. Jelapang Branch
  7. Melaka Main Branch
  8. Johor Bahru Main Branch
  9. Jelutong Branch
  10. Alor Star Branch
  11. Taman Tas Branch
  12. Kuala Terengganu Branch
  13. Kota Bharu Branch
  14. Wisma Satok Branch
  15. Kota Kinabalu Branch
  16. Rawang Branch
  17. Bandar Baru Selayang Branch
  18. Bandar Sunway Branch
  19. Equine Park Branch
  20. Station 18, Ipoh Branch
  21. Skudai Branch
  22. Batu Pahat Branch
  23. Prai Industrial Estate Branch
  24. Legenda Heights Branch
  25. Pulau Langkawi Branch
  26. Paka Branch
  27. Tanah Merah Branch
  28. Mutiara Damansara Branch

Selain itu, Bank Negara juga telah menanda cawangan bank-bank lain yang menawarkan perkhidmatan ini dalam Google Maps.

Selamat menabung!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular