Pada 22 Jun 2020, Pos Malaysia Berhad menerusi laman Facebook rasminya telah mengeluarkan pengumuman bagi memaklumkan mengenai peningkatan jumlah bungkusan secara mendadak yang sedang dihadapi oleh Pos Malaysia pada masa ini. Jumlah peningkatan bungkusan ini dikatakan berlaku khususnya di kawasan Sabah dan Sarawak.

Tambahan info daripada pengumuman tersebut, pihak Pos Malaysia menjangkakan akan berlaku kelewatan penghantaran bungkusan disebabkan oleh insiden ini. Bagaimanapun, pihaknya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kapasiti dan memastikan penghantaran bungkusan semua pelanggan yang terlibat dapat dilakukan secepat mungkin.

“Bagi para pelanggan kami di Sabah dan Sarawak, kami juga menghadapi kekangan dari segi jumlah penerbangan yang terhad yang mungkin menyebabkan kelewatan yang tidak dijangka. Kami menghargai kesabaran anda dan terima kasih kerana memahami situasi ini”.

 

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui AskPos di pos.com.my. Terima kasih”.

Pengumuman yang dikongsikan di Facebook ini menerima lebih 5,700 perkongsian sehingga artikel ini ditulis. Segelintir netizen memberikan reaksi yang negatif terhadap pengumuman yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia ini namun ada juga yang memuji notis pengumuman tersebut.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular