Rakyat Malaysia sememangnya kreatif-kreatif belaka! Satu foto kembali disebut-sebut oleh netizen di laman media sosial apabila ianya kembali tular setelah dimuat naik di Facebook menerusi akaun Only In Connaught.

Mana tidaknya, foto berkenaan menunjukkan sebuah pesawat berada elok di atas bahagian pintu pagar hadapan sebuah kediaman banglo yang terletak di Taman Connaught, Cheras berkenaan.

Only In Connaught/Facebook

Mungkin mahukan ‘dekorasi’ yang unik dan lain daripada lain, ternyata langkah itu berjaya mencuri tumpuan lebih-lebih lagi penduduk yang tinggal berhampiran. Sudah pasti mereka melintasi rumahnya secara perlahan kerana berasa kagum.

Google Maps

Bagaimana agaknya ia boleh berada di situ bukan? Sudah pasti persolan tersebut bermain-main difikiran kita semua. Apa-apa pun, ia ternyata sesuatu yang mengagumkan dan cukup hebat!

Google Maps

Perkongsian di laman Facebook itu sebenarnya mula dimuat naik pada tahun 2013 yang lalu dan sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai dan kini telah dikongsikan lebih daripada 5,000 kali.

Hmm..boleh jadi juga!

Only In Connaught/Facebook

Ia ternyata sudah lama berada di situ

Only In Connaught/Facebook

Only In Connaught/Facebook

Sumber daripada seorang penduduk tempatan, Mun Hao berkata bahawa pemilik rumah tersebut mempunyai banyak cabaran dalam hidupnya namun masih menyimpan angan-angan untuk memiliki sebuah pesawat.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, pemilik itu kemudian dikenalkan kepada individu yang ingin menjual pesawat tersebut melalui seorang kenalannya.

“Jadi dia membelinya dan meletakkanya di hadapan rumah bagi meraikan kejayaan yang berjaya diraihnya”.

“Kini ia menjadi satu peringatan akan segala kerja keras yang dilakukan pemilik rumah itu suatu ketika dahulu”, jelas Mun Hao yang turut mengesahkan bahawa pemilik asal rumah itu masih lagi menetap di rumah tersebut bersama keluarganya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular