Jika kerap melayari YouTube, pasti anda kenal akan ‘YouTuber’ Mark O’Dea. Mark sebelum ini sering muncul dengan video yang membabitkan Malaysia memandangkan dia telah bermastautin di negara ini sejak tahun 2012 lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark O’dea (ALAMARK!) (@markodea8) on

markodea8/Instagram

Berasal dari Britain, Mark yang juga merupakan pengacara televisyen di Malaysia baru-baru ini menjadi bualan netizen selepas memuji cara Malaysia mengendalikan jangkitan COVID-19 menerusi video yang dimuat naiknya di laman YouTube.

Mark O’Dea/YouTube

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan, Mark pulang semula ke kampung halamannya di Britain. Selama beberapa bulan dia terpaksa menunggu waktu sesuai untuk pulang semula ke Malaysia ekoran rasa rindu.

Ya, Mark merindui Malaysia terutamanya makanan! Oleh itu, dia memutuskan untuk berkongsi pengalamannya menjalani tempoh kuarantin sejurus sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mark O’Dea/YouTube

Mark berasa kagum dengan kawalan ketat oleh setiap agensi yang terlibat selain berkongsi bahawa aspek penjarakan sosial, imbasan suhu badan dan juga prosedur keselamatan tidak diamalkan di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Tindakan mementingkan aspek kesihatan dan keselamatan menurutnya menjadikan Malaysia antara negara yang berjaya menangani jangkitan dan penularan wabak COVID-9 dengan baik berbanding dengan negara-negara lain.

Mark O’Dea/YouTube

Antara perkara yang dirasakan hebat oleh Mark adalah ketika dia dan beberapa individu yang pulang semula ke Malaysia, diiringi dengan pihak polis menuju ke lokasi hotel yang menjadi tempat mereka menjalani kuarantin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark O’dea (ALAMARK!) (@markodea8) on

markodea8/Instagram

Malaysia kebelakangan ini sering mendapat perhatian oleh masyarakat dunia selepas tindakan tegas yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dilihat sebagai strategi yang efektif.

Mark O’Dea/YouTube

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus merasa bangga dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus bekerjasama dengan pihak kerajaan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular