Dengan peningkatan sara hidup kini, tidak dapat dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang perlu mengikat perut dengan mengawal perbelanjaan terutamanya dari segi perbelanjaan makanan.
Oleh itu, seorang peniaga gerai nasi kandar di Sungai Petani, Kedah, Sheik Faizal Mohd Ismail, 43, memutuskan untuk menawarkan harga serendah RM1 bagi makanan yang dijual setelah berpindah dari Pulau Pinang.
Menurut perkongsian laman Sin Chew Daily, Sheik Faizal mula berniat menawarkan harga semurah itu selepas ramai pelanggannya tidak mampu untuk membeli nasi kandar yang dijualnya pada harga normal.
“Semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, harga daging dan sayur agak meningkat. Ramai orang mengatakan bahawa mereka tidak mampu untuk menikmati masakan daging kerana harga yang tinggi,” katanya.
Justeru, Sheik Faizal berusaha mengurangkan harga jualan makanannya dengan saiz hidangan yang bersesuaian. Menurut kiriman laman kumpulan Info Sungai Petani, menu yang dijual dengan harga RM1 adalah nasi, ayam, daging, telur dan air.
Bagaimanapun, Sheik Faizal turut menyediakan nasi kandar dengan saiz hidangan yang normal dengan harga yang normal bagi mana-mana pelanggannya yang berkemampuan.
Walaupun Sheik Faizal tidak dapat mengaut keuntungan yang banyak dengan penawaran makanan dengan harga RM1 ini, namun Sheik Faizal tetap gembira kerana mampu memberi makanan yang lengkap untuk semua pelanggannya.
Diharapkan, perniagaan Sheik Faizal akan terus maju dan mendapat perhatian ramai pelanggan tidak kira dari mana pelanggannya berasal.
Maybe you're interested :
- Parti Komunis China didapati tetap meneruskan aktiviti jenayah penuaian organ manusia walaupun dalam keadaan wabak yang menular
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai