Setiap gadis memasang angan-angan untuk menjadi seorang puteri dan bertemu dengan putera kacak meskipun hanya di dalam bayangan fantasi sahaja. Menonton filem animasi puteri Disney seperti Cinderella, Puteri Salju, Puteri Elsa dan sebagainya membuatkan kita sering kali berangan untuk memiliki kecantikan sebegitu rupa.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Di Denver, Colorado, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Ingle mula merealisasikan impian ini dengan mengubah diri dan penampilannya seperti karakter puteri Disney dan menjadi bualan hangat netizen! Dengan menggunakan teknik solekan dan pakaian persis puteri animasi Disney, Sarah berubah menyerupai semua puteri Disney yang anda tahu dan hal ini telah meningkatkan popularitinya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Menurut Sarah yang sememangnya meminati siri animasi Disney, dia bukan sahaja berminat untuk mempelajari tips dan teknik solekan yang betul tetapi Sarah turut menghabiskan puluhan ribu ringgit bagi melengkapkan koleksi kostum dan rambut palsu. Lihatlah bagaimana Sarah mengubah dirinya daripada satu watak puteri Disney ke watak puteri yang lain dan hasilnya sungguh memukau!
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sarah turut menyumbangkan masa dan tenaganya dengan menghiburkan pesakit kanak-kanak di hospital sambil berpakaian seperti puteri Disney. Tindakan ini jelas mampu mengukirkan senyuman manis kesemua kanak-kanak yang berada di hospital dan membantu mereka melupakan kesakitan.
View this post on Instagram
Setelah popular dengan pelbagai watak puteri Disney, netizen mula tertanya-tanya bagaimanakah rupa sebenar Sarah tanpa mengenakan solekan seperti yang dilakukannya. Justeru, Sarah telah memuat naik beberapa gambarnya tanpa mengenakan solekan tebal dan ternyata, Sarah sememangnya memiliki kecantikan semula jadi persis seorang puteri!
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Lebih menguntungkan lagi, Sarah juga memiliki teman lelaki yang sentiasa menyokong setiap apa yang dilakukan oleh Sarah. Malah, teman lelakinya yang dikenali sebagai Derek Van Schaik turut berpakaian seperti seorang putera dalam majlis tertentu yang dihadiri bersama Sarah.
Maybe you're interested :
- Percubaan PKC baiki imej antarabangsa melalui pelancaran misi sokongan dan bantuan perubatan disangsi dunia
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan