Setelah terkandas di kampung halaman selama 90 hari kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang guru mengalami kejutan yang ‘mengharukan’ apabila mendapati rumahnya di Johor Bahru berada dalam ‘penampilan keadaan’ yang agak teruk dan memerlukan kerja besar.

Melalui catatan lucunya di Facebook, netizen Que Sera Sera atau Cikgu Sarah berkongsi gambar dinding serta siling rumah yang lembap dan retak serta sudah ditumbuhi kulat.

Que Sera Sera/Facebook

Gambar-gambar yang dimuat naik bersama kapsyen yang melucukan menunjukkan beberapa kebocoran dalam rumah yang agak teruk terbentuk sehingga meresap ke bawah perabot dan peralatan rumah, juga terdapat lipas mati yang dijumpai di beberapa lokasi penjuru rumah.

Menurut kisahnya, paip dalam rumah yang bersambung dari tangki air di atas bumbung rumah yang pecah telah menyebabkan kerosakan pada dinding dan siling. 

Que Sera Sera/Facebook

Sarah mengolah rasa kecewanya dengan nada lucu apabila melihat dinding dan siling itu dengan mengatakan yang ia kelihatan seperti air sirap tertumpah dan tidak sangka pula berkebolehan ‘menanam cendawan enoki’.

Que Sera Sera/Facebook

Antara yang paling teruk terjejas serta membuat kerja mencuci besar-besaran adalah peti sejuknya yang telah berhenti berfungsi akibat ‘trip’ elektrik dan kulat hitam telah terbentuk di dalamnya yang merosakkan kesemua simpanan makanan, mengeluarkan bau yang meloyakan.

Que Sera Sera/Facebook

Sarah memberitahu bahawa dia hanya berniat pulang ke kampung halaman buat seketika pada 13 Mac ketika cuti sekolah bermula.

Tetapi tidak menyangka hasrat membawa bekalan pakaian untuk menginap di kampung selama 3 hari tiba-tiba bertukar menjadi 3 bulan selepas pelaksanaan PKP.

Que Sera Sera/Facebook

Tidak banyak yang dia tahu bahawa kerajaan akan menguatkuasakan PKP bermula 18 Mac, yang turut melarang perjalanan rentas negeri, membuat dirinya dan suami tiba-tiba terkandas di kampung halaman sendiri selama 3 bulan.

Sambil menulis dengan nada lucu, Sarah menyamakan keadaan rumahnya tidak ubah seperti menjalani ‘makeover’ versi terbalik yang terlebih ekstra!

Que Sera Sera/Facebook

“Ini adalah kenangan ‘makeover’ rumah yang kami dapat dalam masa 3 bulan itu,” tulis Sarah dalam posting lucunya yang kini menjadi tular.

“Kami tidak minta pun ‘makeover’ ini, tetapi kami tetap dah dapat, bersyukur dan redha sahajalah. Sudah rehat 3 bulan, jadi dapatlah sedikit habuan,” tulis Sarah.

Que Sera Sera/Facebook

Sarah turut memuat naik gambar kucing jalanan bersama anak-anak yang dijumpai telah menginap di rumahnya. Najis kucing itu menyebabkan bau masam dan busuk di dalam rumahnya tetapi dia sambil berseloroh berkata bau itu jauh lebih ‘wangi’ dan masih mampu ditahan berbanding bau yang keluar dari peti sejuk yang terpaksa dicuci.

Kata Sarah, sejak menemui kucing-kucing itu di rumahnya, dia tidak mempunyai pilihan selain terus melindungi mereka buat masa ini.

Que Sera Sera/Facebook

Beberapa gambar itu turut menunjukkan Sarah dan suaminya terpaksa memakai pakaian pelindung diri (PPE) semasa membersihkan rumah mereka, sama seperti ‘frontliner’ katanya.

“Saya memakai PPE untuk melindungi diri daripada bakteria yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar kerana rumah itu huru-hara,” katanya.

Que Sera Sera/Facebook

Bahagian yang paling mencabar baginya adalah membersihkan peti sejuk. Baunya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, dan menurutnya hanya mereka yang pernah mengalaminya sebelum ini sahaja yang dapat memahami perasaannya.

“Nasib baik saya mempunyai dua peti sejuk. Itu bonus sebenar bagi saya,” kata Sarah kepada media.

Que Sera Sera/Facebook

Menurutnya bau di dalam peti sejuk tidak dapat dihilangkan walaupun sudah dibersihkan. Sementara sebuah peti sejuk sahaja yang berfungsi, Sarah berkata dia hanya akan menggunakannya kembali setelah semua bau busuk itu hilang.

Que Sera Sera/Facebook

Sarah menambah rumah tersebut telah dicuci olehnya dan suami dalam operasi besar-besaran selama beberapa hari, sambil menambah bahawa mereka hanya akan mengecat kembali dinding dan siling rumah setelah ia dikeringkan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular