Asid lemak Omega-3 adalah sejenis mineral yang amat penting dan baik bagi tubuh serta kesihatan manusia. Omega-3 berupaya dalam menggalakkan tumbesaran otak kanak-kanak, mengawal serangan penyakit jantung, diabetes, membantu menurunkan berat badan dan juga menyihatkan kulit.

Gambar Hiasan | Pixabay

Menurut kajian, pengambilan Omega-3 sebanyak 1 gram setiap hari oleh individu yang menghidap penyakit jantung berfungsi dalam mengurangkan serangan jantung sehingga 50%. Antara sumber makanan yang mengandungi Omega-3 adalah seperti:

  • Sayur sawi (0.25g/secawan)
  • Salad roket (0.6g/secawan)
  • Bayam (1.09g/secawan)
  • Tauhu (26.99g/2 ketul)
  • Tempeh (1.58g/2 ketul)
  • Ikan terubuk (38.28g/1 ekor)
  • Ikan patin (31.15g/1 ekor)
  • Keli (12.75g/1 ekor)
  • Ikan kembung (4.54g/1 ekor)
  • Paha ayam (6.66g/1 ketul)
  • Ikan salmon, ikan tuna, udang, kekacang, bijirin dan juga beberapa produk suplemen kesihatan lain

Berikut merupakan beberapa manfaat yang boleh diperolehi menerusi pengambilan makanan yang mengandungi Omega-3:

#1 Menangani tekanan dan kebimbangan

Tekanan dan kebimbangan merupakan antara gangguan penyakit mental yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Perbezaannya, tekanan melibatkan kesedihan, keletihan dan hilang arah tujuan manakala kebimbangan pula menjurus kepada perasaan bimbang dan cemas yang berterusan tanpa kawalan.

Bagaimanapun menurut kajian, individu yang mengamalkan pengambilan Omega-3 kurang mengalami tekanan mahupun kebimbangan sekali gus merawat simptom yang biasa berlaku dalam kalangan individu. Justeru, salah satu jenis Omega-3 iaitu EPA seringkali digunakan di dalam ubat anti-kemurungan.

Gambar Hiasan | Pexel

#2 Memperbaiki kesihatan penglihatan

Satu lagi jenis Omega-3 iaitu DHA merupakan komponen struktur utama dalam retina. Tanpa DHA yang mencukupi, seseorang akan mengalami masalah penglihatan. Dalam erti kata lain, kandungan DHA dalam Omega-3 dilaporkan boleh membantu menangani degenerasi makula (gangguan pandangan kekal) dan juga buta.

#3 Meningkatkan kesihatan otak bayi

Omega-3 amat penting untuk tumbesaran otak dan perkembangan bayi. DHA menyumbang sebanyak 40% asid lemak tidak tepu di dalam otak dan 60% lagi pada bahagian retina. Jadi, tidak hairanlah jika bayi yang mengamalkan susu formula DHA mempunyai kualiti penglihatan yang jauh lebih baik berbanding bayi yang tidak meminumnya.

Pengambilan Omega-3 sewaktu bayi masih di dalam kandungan boleh mendatangkan pelbagai manfaat untuk anak anda seperti meningkatkan tahap kepintaran, meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi, mengurangkan masalah tingkah laku negatif, mengurangkan risiko kelewatan perkembangan dan sebagainya.

Gambar Hiasan | Pexel

#4 Menangani penyakit kanser

Kanser merupakan salah satu penyumbang utama kematian di dunia. Namun, Omega-3 dikatakan mampu mengurangkan risiko untuk beberapa penyakit kanser. Kajian menunjukkan individu yang mengamalkan pengambilan Omega-3 mempunyai 55% risiko lebih rendah untuk menghidap kanser usus besar (kolon). Bukan sahaja itu, ia juga mampu mengurangkan risiko kanser prostat dan kanser payudara.

#5 Mengurangkan rasa sakit ketika haid

Sakit ketika haid atau period pain sering kali berlaku di bahagian bawah abdomen dan pelvis. Kesannya, wanita yang sedang haid akan mengalami sakit belakang dan juga di bahagian peha. Ini tentunya boleh menjejaskan kualiti kehidupan dan mengganggu aktiviti sepanjang hari. Kajian yang dijalankan mendapati pengambilan suplemen Omega-3 adalah jauh lebih berkesan dalam mengurangkan period pain berbanding kesan ubat yang mengandungi ibuprofen.

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular