Hari lahir merupakan hari yang cukup istimewa kerana ia memberi peluang kepada anda untuk bersyukur atas segala kurniaan Tuhan sepanjang anda hidup.

Ianya juga merupakan peluang untuk meraikannya bersama keluarga dan sahabat.

Gambar hiasan/Freepik

Kebanyakan daripada kita yang menyambut hari lahir seseorang pasti mencuba sedaya upaya untuk melakukan kejutan agar saat tersebut sentiasa diingati oleh individu terbabit, memandangkan ianya merupakan hari yang bermakna.

Tidak lengkap kiranya hari lahir disambut tanpa kek dan juga belon. Namun baru-baru ini, tular video pendek sekumpulan gadis yang sedang gembira meraikan hari lahir salah seorang daripada mereka sebelum sesuatu yang tidak dijangka berlaku!

@dieyamyzi/Twitter

Rakaman tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, yang menggunakan nama akaun @dieyamyzi. Video pendek berdurasi 27 saat itu menunjukkan sekumpulan rakan yang sedang gembira di tepi pantai.

@dieyamyzi/Twitter

Sedang mereka ceria menghabiskan waktu bersama, ikatan belon yang pada mulanya berada pada bungkusan yang dipegang seorang gadis berbaju belang, secara tiba-tiba terbang begitu sahaja membuatkan semua terkedu!

@dieyamyzi/Twitter

Itulah, leka sangat bersembang agaknya! Insiden di luar jangkaan itu pada mulanya disedari oleh salah seorang daripada mereka yang menjerit kecil namun kemudian ia membuatkan kesemua mereka tertawa.

Menurut pengguna Twitter terbabit, rakan mereka sudah cuba untuk menangkap kembali belon itu daripada terus terbang, sehingga tergolek rakan mereka itu dibuatnya. Masih tidak berjaya. Belon yang diisi dengan gas helium itu nampaknya terbang tinggi.

@dieyamyzi/Twitter

Malangnya, gadis yang menyambut hari lahirnya itu tidak sempat bergambar dengan belon hari jadinya. Kasihannya, mungkin tiada rezeki agaknya.

Sehingga kini ia telah disaksikan lebih 180,000 kali dan menerima pelbagai reaksi.

Oh, takdelah membazir. Belon dah selamat sampai ke kerajaan langit!

@dieyamyzi/Twitter

Itulah masalahnya..

@dieyamyzi/Twitter

Kasihan tapi pada masa yang sama kelakar pula kan?

@dieyamyzi/Twitter

@dieyamyzi/Twitter

Bak kata orang-orang tua, jangan gembira sangat kerana kelak akan menangis. Apa-apa pun, selamat hari lahir buat gadis yang menyambut hari lahirnya itu. Mungkin boleh beli belon yang lain kot?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular