Kejayaan Korea Selatan dalam menangani jangkitan wabak Virus Parti Komunis China (COVID-19) sebelum ini nampaknya tidak berkekalan apabila pegawai kesihatan percaya negara itu sedang mengalami gelombang virus kedua.

Walaupun hanya mencatatkan jumlah relatif yang rendah, akan tetapi negara berkenaan menjangkakan bahawa pandemik itu akan berlarutan sehingga berbulan-bulan.

Ketua Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC), Jung Eun-kyeong, mengatakan gelombang pertama berlangsung hingga April lalu.

Chung Sung-Jun/Getty Images

Namun bermula sejak Mei, kelompok kes baru telah berkembang, di mana ia turut melibatkan jangkitan wabak di kelab malam di ibu kota, Seoul.

Di antara tempoh tersebut, kes yang disahkan setiap hari telah menurun daripada hampir seribu menjadi sifar jangkitan yang dicatatkan selama tiga hari berturut-turut.

Pegawai kesihatan pada 22 Jun mengatakan bahawa selama 24 jam terakhir, sebanyak 17 jangkitan baru telah direkodkan. Ianya terdiri daripada kelompok yang berlainan di pejabat dan juga gudang.

JUNG YEON-JE/AFP via Getty Images

Dr Jeong mengatakan pertambahan itu telah membuatnya menyimpulkan bahawa negara itu kini sedang berhadapan dengan gelombang virus kedua dan ia dipercayai akan berlanjutan.

Hingga ke saat ini, KCDC mengatakan bahawa gelombang pertama yang melanda Korea Selatan tidak pernah berakhir.

Tambah Dr Jeong, kini jelas bahawa cuti hujung minggu pada awal Mei lalu menandakan permulaan gelombang jangkitan baru yang difokuskan di wilayah Seoul yang lebih besar, di mana ia sebelumnya hanya terdiri daripada beberapa kes.

JUNG YEON-JE/AFP via Getty Images

Sebelumnya itu pada 20 Jun lalu, pihak berkuasa bandar Daejeon, iaitu bahagian Selatan ibu kota, mengumumkan larangan perjumpaan di tempat awam seperti muzium dan perpustakaan setelah sejumlah kluster kecil ditemui.

Datuk Bandar juga memberi amaran bahawa Seoul mungkin harus kembali kepada penjarakan sosial yang ketat, sekiranya kes melebihi 30 dalam tiga hari berikut dan kadar penggunaan katil di hospital melebihi 70%.

Korea Selatan sebelum ini dipuji masyarakat dunia apabila langsung tidak mengenakan penutupan bandar ataupun sekatan pergerakan, sebaliknya bergantung pada langkah penjarakan sosial secara sukarela.

ED JONES/AFP via Getty Images

Pihak berwajib juga menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan yang agresif untuk memerangi virus tersebut. Setakat ini, jumlah kematian di Korea Selatan adalah 280 sejak negara itu mula melaporkan kes pertama pada 20 Januari lalu.

Secara keseluruhannya, lebih daripada 12,000 jangkitan telah direkodkan dan buat masa ini, masih terdapat sebanyak 1,277 kes yang masih aktif di Korea Selatan.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular