Ramai wanita yang mahu kelihatan cantik walaupun pada usia yang lanjut. Kalau boleh mereka mahu kelihatan muda sentiasa dengan kulit wajah yang tegang, bersih dengan tubuh yang masih sihat cergas. Semua itu tidak mustahil sebenarnya asalkan kita, wanita pandai menjaga diri sejak usia muda lagi.

Contohnya seperti wanita berusia 73 tahun ini yang kelihatan masih sangat muda dan cantik seperti orang muda. Sekali lihat pasti ramai yang tidak percaya dia adalah seorang nenek!

Apasra Hongsakula telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi wanita Thailand pertama yang memegang gelaran Miss Universe.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @miss_universe_cleopatra on

Baru-baru ini dia telah memuatnaik gambar bersama cucunya di internet dan telah menerima pelbagai reaksi orang ramai. Rata-rata sangat terkejut melihat penampilan terbarunya. Ternyata walaupun sudah bertahun-tahun tidak kelihatan wajahnya di media, wanita ini masih kekal cantik menawan dan kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ♡♡Steph♡♡ (@vintiff) on

Apasra dilahirkan di Bangkok pada 1947 dan dikatakan mempunyai penampilan yang menawan sejak kecil sehingga membolehkan dia mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Universe pada usianya baru mencecah 18 tahun.

Ketika memenangi pertandingan ratu cantik itu, dia bukan sahaja tampil sebagai wanita Thailand yang pertama menggelar gelaran itu malah merupakan wakil Asia kedua yang menjadi Miss Universe.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beauty Queens (@beautyqueens_20) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by – 𝓝𝓾𝓽𝓽𝓳𝓲𝓫𝓲𝓲 – (@nuttjibii) on

Dia kemudian berkahwin dengan sepupu permaisuri Thailand, Suthikiati Chirathivat pada tahun berikutnya setelah memenangi kejuaraan namun mereka kemudian bercerai. Apasra kemudian berkahwin pula dengan seorang ahli perniagaan kaya raya, Fame R. Kitiyakara yang merupakan seorang ketua Central Plaza Hotel di Thailand.

Walaupun gagal dalam kedua-dua perkahiwnannya, wanita ini memiliki anak sendiri di dalam kedua-dua perkahiwnannya. Setelah lebih daripada satu abad memenangi pertandingan ratu cantik itu dia bukan sahaja kekal cantik dan terkenal malah memiliki daya tarikan tersendiri. Buktinya, ramai yang menyangka gambarnya bersama cucunya seolah-olah gambarnya bersama anak kecilnya kerana dia kelihatan sangat muda untuk menjadi seorang nenek.

Di sebalik kecantiknnya ada desas-desus yang mengatakan dia kekal cantik kerana melakukan pembedahan plastik namun wakilnya tampil dan menolak dakwaan tersebut.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular