Berikutan aduan majoriti rakyat Malaysia berkenaan caj elektrik yang terlalu tinggi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah telah mengumumkan bahawa bantuan tambahan dari pihak kerajaan khas untuk semua penggunaan elektrik domestik di Semenanjung Malaysia.

Bantuan yang dinamakan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan itu diumumkan pada Jumaat, 19 Jun dalam sidang media khas dan akan memberi manfaat kepada 7.66 juta rakyat Malaysia dengan jumlah keseluruhan RM942 juta.

Dari jumlah pengguna tersebut, empat juta pengguna domestik dengan penggunaan di bawah 300KWJ akan menikmati elektrik percuma untuk bulan April, Mei dan Jun 2020. Manakala, pengguna yang menggunakan lebih dari 300KWJ akan menikmati diskaun RM77 untuk bulan April, Mei, dan Jun 2020 setiap bulan.

Sekiranya anda telah membayar bil elektrik anda sebelum ini, jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun TNB anda dan akan digunakan untuk membayar bil elektrik anda dari bulan Julai dan seterusnya.

Disamping itu, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah bersetuju menghentikan aktiviti pemotongan bekalan elektrik buat sementara waktu sehingga 30 September 2020.

Tonton sidang media penuh di sini:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular