Seorang lelaki berusia 52 tahun dilaporkan menjadi mangsa yang dipukul dan dibaling dengan buah durian ekoran terlibat dengan satu pergaduhan yang berlaku di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi pada 20 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata bahawa pihak polis ada menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa pada jam 6:11 petang.

Gambar Hiasan | RAHMAD SURYADI/AFP via Getty Images

Tambahnya, mangsa mendakwa dirinya telah diserang oleh sekumpulan lima lelaki termasuk seorang yang dikenali dengan panggilan ‘Joe’ ketika sedang berniaga berniaga buah-buahan di gerainya.

“Dalam kejadian pada jam 6.11 petang itu, suspek bertindak memukul mangsa dan membaling buah durian ke arahnya”.

TENGKU BAHAR/AFP via Getty Images

Menurut Mohd Zaid, siasatan mendapati bahawa punca pergaduhan adalah disebabkan oleh perebutan tapak perniagaan. Pihak polis kini dalam usaha untuk mengesan lima individu berusia 40-an hingga 50-an terbabit.

Kes difahamkan akan disiasat di bawah Seksyen 323, 506, 427 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh di talian 017-4333795 atau 03-89114222”, tambahnya lagi.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular