Pada 20 Jun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan satu lagi kluster baharu yang dikesan di Labu Lanjut, Sepang, di mana ia membabitkan sebanyak lima kes positif COVID-19 setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa kes indeks merupakan seorang pesakit ‘Acute Respiratory Infection’ (ARI) di Hospital Serdang yang dikesan positif COVID-19 pada 5 Jun lalu.
Tambah beliau, aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) mendapati bahawa seramai empat ahli keluarga pesakit, masing-masing dua orang anak dan dua orang cucu turut dikesan positif COVID-19.
“Tiga ahli keluarga tinggal serumah dengan beliau manakala seorang lagi dari tempat kediaman yang lain”, katanya ketika sesi sidang media.
#covid19malaysia, 20 Jun 2020
Dua kluster yang melaporkan kes baharu iaitu Kluster Lanjut (1) dan Kluster Warga Emas Kuala Selangor (1).
Tiada kes baharu di kluster lain. pic.twitter.com/nL9PjZRhoi
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 20, 2020
Seramai 29 kenalan keluarga yang rapat telah diperiksa dan 25 daripadanya diuji negatif. Punca jangkitan masih dalam siasatan tetapi pihak Kementerian mengesyaki bahawa ia disebabkan oleh aktiviti kunjung mengunjung ketika Hari Raya.
Oleh yang demikian, kita semua dinasihati agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian. Sentiasa jaga penjarakan sosial bagi mengelakkan penularan jangkitan.
Walaupun diberi kelonggaran untuk bergerak ke mana sahaja, pastikan ianya tidak mendatangkan kemudaratan, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk ahli keluarga tersayang. Sama-sama kita putuskan rangkaian COVID-19.
Maybe you're interested :
- Konsulat China beri tekanan kepada syarikat teater luar negara untuk membatalkan persembahan Shen Yun
- Lelaki hampir maut mendapat jangkitan paru-paru selepas memecahkan jerawat di bahagian bawah bibirnya
- IPD Putrajaya sahkan Program Agihan Ayam Beku Percuma di Putrajaya tidak mendapat kebenaran polis