- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Bimbang makanan dalam mangkuk akan habis, kucing ini ambil keputusan untuk membuka mulut seluas-luasnya agar dapat makanan lebih banyak. Lucu!

Menyaksikan gelagat kucing yang pelbagai ragam semestinya adalah satu perkara yang menghiburkan. Seperti manusia, setiap kucing mempunyai personaliti mereka yang tersendiri.

Dan mungkin, seekor kucing yang dirakam ini mempunyai sifat yang tamak dalam diri.

@tramL116/Twitter [1]

Mana tidaknya, menerusi perkongsian di laman Twitter yang dimuatnaik oleh @tramL116 [1], kucing ini nampaknya tidak berminat untuk berkongsi makanannya dengan rakannya yang lain.

Walaupun mangkuk makanan masih lagi dipenuhi dengan makanan, tetapi kucing ini membuka mulutnya dengan luas agar lebih banyak makanan boleh dimakan dalam satu masa yang sama.

@tramL116/Twitter [1]

“Kucing jenis apa yang makan seperti ini di dunia ini?” tulis @tramL116 dalam kirimannya.

@tramL116/Twitter [1]

Memang lucu, menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, dapat dilihat bahawa kucing yang ‘tamak’ itu sebenarnya perlu berkongsi makanannya dengan seekor lagi kucing yang lain. Bagaimanapun, selepas melihat rakannya memakan makanan di dalam mangkuk, kucing yang tamak itu segera memakan makanan itu tetapi dengan caranya yang tersendiri, iaitu dengan membuka mulutnya seluas-luasnya agar lebih banyak makanan boleh dimakan!

@tramL116/Twitter [1]

Dengan helah yang sebegini, pastinya rakan kucing itu tidak dapat makanan yang mencukupi!

Video yang lucu ini seterusnya telah menarik perhatian ramai pengguna Twitter dari seluruh dunia. Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih lebih dari 10 juta tontonan, lebih dari 624,800 sukaan, lebih dari 199,600 ulang kicau dan lebih dari 7,100 komen dari warganet yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat kucing itu.

Selain itu, beberapa warganet juga tidak lokek berkongsi gelagat kucing lain yang melakukan perkara yang hampir serupa. Nampaknya kucing-kucing ini memang tidak akan kelaparan!

 

 

Comel sungguh kucing ini!

loading...