Sejak Perdana Menteri mengumumkan peralihan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, pelbagai aktiviti yang sebelum ini dilarang telah dibenarkan beroperasi dan dinikmati oleh orang ramai, dengan syarat pematuhan garis panduan kesihatan yang telah diuar-uarkan.

Hendri Sabri/Unsplash

Salah satu aktiviti yang telah dibenarkan dilakukan semula adalah aktiviti mendaki di mana-mana taman eko rimba. Mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, aktiviti pendakian hanya boleh dilakukan seharian dengan jumlah maksimum 20 orang untuk satu sesi pendakian.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook, Yati Azri, memuatnaik rakaman gambar yang menunjukkan orang ramai sedang beratur untuk mendaki Bukit Broga, Semenyih.

Yati Azri/Facebook

“Ini adalah tempat pendaftaran di pondok. Pengunjung akan disemak suhu badan, imbasan kod dan mengisi nama di dalam buku rekod. Mereka membenarkan pengunjung mendaki mengikut turutan, perlu menunggu pengunjung lain turun terlebih dahulu kemudian baru pengunjung lain dibenarkan mendaki. Di tempat parkir juga telah disemak suhu badan, merekod nama dan mengimbas kod. Tetapi prosesnya tidak mengambil masa yang lama. Di puncak bukit juga tidak dipenuhi ramai pengunjung. Jangan bimbang semua. Mereka mematuhi garis panduan dengan ketat.”

Walaupun Yati Azri memaklumkan bahawa pihak penguasa telah berusaha untuk mematuhi garis panduan kesihatan, namun dapat dilihat bahawa hampir tiada jarak sosial yang dilakukan oleh para pengunjung ketika sedang beratur.

Nor Azan Mat Adam/Facebook

Sehari kemudian, seorang lagi pengguna Facebook, Nor Azan Mat Adam memuat naik gambar di lokasi yang sama dan memaklumkan bahawa bilangan pengunjung Bukit Broga adalah lebih ramai berbanding hari sebelumnya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada ketika berada di tempat kunjungan ramai dengan mengawal jarak sosial antara pengunjung walaupun lokasi berkenaan telah dikawal oleh pihak berkuasa dengan sebaik mungkin. Tanggungjawab untuk membendung penularan wabak epidemik ini adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia dan diharapkan semua orang dapat memberi kerjasama.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Uncategorized

Video Popular