Kebelakangan ini, tular mengenai pasangan suami isteri ‘Youtuber’, iaitu Sugu Pavithra yang mahir memasak sehingga sering kali disebut oleh Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika perutusan di kaca televisyen.

Saluran YouTube mereka merupakan hasil kerjasama dan cetusan idea antara pasangan suami isteri itu sendiri, yang menyajikan orang ramai dengan video masakan ringkas yang mudah dan senang untuk dilakukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SuguPavithra (@sugupavithra_official) on

sugupavithra_official/Instagram

Namun baru-baru ini, nama Pavithra kembali meniti di bibir-bibir netizen setelah beberapa foto Pavithra yang terlibat dengan sesi penggambaran tular di media sosial. Ia ternyata telah membuatkan ramai yang terpaut melihatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @holyblackrapunzel on

@holyblackrapunzel/Instagram

Mana tidaknya, rupa paras Pavithra yang sememangnya cantik semula jadi itu kelihatan berseri-seri bak model profesional. Bahkan, Pavithra cukup beruntung apabila mengenakan busana daripada pereka fesyen terkemuka, Dato’ Bernard Chandra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @holyblackrapunzel on

@holyblackrapunzel/Instagram

Manakala wajah Pavithra ditatarias oleh Razzi Musa, sementara aspek penggayaan pula adalah hasil idea Zulherizal Studio. Penggambaran tersebut menggunakan khidmat Pinography dan individu yang bertanggungjawab untuk merakamkan videonya adalah Nabil Hussin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @holyblackrapunzel on

@holyblackrapunzel/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @holyblackrapunzel on

@holyblackrapunzel/Instagram

Lebih mengagumkan lagi adalah sesi penggambaran tersebut hanya dilakukan di sekitar kediaman Pavithra yang terletak di Sungai Siput, Perak. Berikut merupakan antara reaksi pengguna di Twitter:

Seorang pengguna berasa cukup gembira dengan perkembangannya itu

Twitter

Sudahlah pandai memasak, cantik persis model pula tu..

Twitter

Ada yang kata mata Pavithra sama seperti mata aktres Bollywood terkenal, Deepika Padukone!

Twitter

Apa yang pasti, bakat Pavithra tidak terhenti di dunia masakan sahaja. Beliau berjaya membuktikan bahawa dirinya juga sama seperti insan lain yang mampu berjaya dalam apa bidang yang mahu diceburi.

Semoga segala cita-cita dan impian kita semua menjadi kenyataan sama seperti Pavithra juga ya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular