Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd difahamkan bakal menambah kekerapan penerbangan untuk laluan destinasi pilihan ramai seperti Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang.

“Kami menyaksikan permintaan yang menggalakkan bagi pengembaraan domestik sejak menyambung semula operasi penerbangan”, kata Riad Asmat selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya.

Ia meliputi laluan Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu, di samping dari Johor Bahru menuju ke Kuching dan Pulau Pinang. Namun, jumlah sebenar penerbangan tambahan bagi Julai akan diumumkan kemudian.

airasia/Instagram

“Oleh itu, kami akan terus memantau permintaan itu dan diharapkan dapat beransur-ansur meningkatkan kekerapan penerbangan daripada hab lain seperti Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang di masa depan”.

Mengenai langkah-langkah keselamatan, Riad berkata AirAsia amat mementingkan aspek didikan buat pengembara mengenai penerbangan yang selamat dalam usaha untuk membina semula keyakinan bagi memulakan semula perjalanan udara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AirAsia (@airasia) on

airasia/Instagram

Susulan itu, syarikat itu telah melaksanakan pelbagai langkah seperti pemeriksaan suhu badan, mensyaratkan bagasi tangan yang terhad, penggunaan penutup hidung dan mulut, prosedur tanpa sentuh, standard kebersihan dan latihan perubatan dalam pesawat.

“Menerusi penerangan berterusan yang disalurkan kepada penumpang, kami percaya ini dapat membantu membina keyakinan untuk mereka kembali melakukan perjalanan udara ini”, tambahnya lagi.

Sebelum ini, syarikat berkenaan turut memperluaskan jualan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia yang ternyata mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan.

AirAsia

Sejak dilancarkan pada 11 Jun lepas, lebih 40,000 penerbangan mendapat penebusan ganjaran itu dengan yang pertama dicapai hanya selepas tujuh minit pas itu mula dijual.

Pada Khamis lepas, AirAsia mengumumkan kerjasamanya dengan hotel-hotel tempatan bagi menawarkan jaminan harga terbaik dengan penjimatan lebih besar menerusi SNAP – platform kombinasi tempahan penerbangan dan hotel.

Pada masa sama, syarikat tersebut turut menjalinkan kerjasama langsung dengan hotel-hotel tempatan bagi menawarkan nilai terbaik membabitkan harga bilik penginapan terbabit. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular