Setelah mengalami penganiayaan oleh Parti Komunis China (PKC) selama 21 tahun, pengamal Falun Gong dari Jiamusi, Heilongjiang bernama Zhou Shujie akhirnya meninggal dunia.

Zhou Shujie yang sentiasa berpegang teguh terhadap kepercayaannya mengalami pelbagai penganiayaan yang dilakukan PKC termasuk diculik, dipenjara, ditahan pencen, dipaksa untuk berpindah dan sebagainya, telah meninggal dunia pada 9 Mei 2020 lalu tanpa dapat merealisasikan impian melihat keadilan ditegakkan buat pengamal Falun Gong yang dianiaya.

Dilahirkan pada 7 Mei 1954, Zhou Shujie yang berkelulusan sarjana muda dalam bidang perakaunan yang juga bekas ketua akauntan di sebuah kilang percetakan yang terletak di daerah Yonghong di bandar Jiamusi, mula mengamalkan Falun Gong pada tahun 1996.

Minghui Network

Falun Gong, juga dikenali sebagai Falun Dafa, adalah amalan Buddha yang mengamalkan prinsip ‘Sejati, Baik, Sabar’ bagi mengukuhkan standard moral dan kecergasan fizikal yang tinggi. 

Pada 20 Julai 1999, pemimpin Parti Komunis China Jiang Zemin, yang mempercayai ateisme, serta prinsip ‘kepalsuan, kejahatan, dan peperangan’ demi memperolehi kemenangan, mencemburui para pengamal Falun Gong yang semakin berkembang melebihi jumlah anggota PKC, lalu melancarkan penganiayaan kejam yang berterusan sehingga hari ini.

Rayuan menurut undang-undang yang telah dirampas oleh penyalahgunaan.

Minghui melaporkan bahawa pada 20 Julai 1999, setelah Parti Komunis China pimpinan Jiang Zemin mula melancarkan kempen penganiayaan ke atas Falun Gong, Zhou Shujie membawa anak perempuannya yang masih kecil bersama sekumpulan pengamal Falun Gong lain ke Beijing untuk mengemukakan petisyen mengiktiraf Falun Gong pada 22 Julai. 

Beberapa hari kemudian, Zhou Shujie telah diculik oleh polis Beijing dan dibawa ke Pejabat Bandar Jiamusi di Beijing, dan kemudian dipindahkan ke Cawangan Keselamatan Awam Yonghong Jiamusi.

Ketika dia disoal siasat secara salah, ketua pasukan polis bernama Shi Xiuwen dan pegawai Guo Weishan bertanya mengapa Zhou memasuki Beijing. Zhou menjawab, “Untuk membuat permohonan rayuan menurut undang-undang sebagai hak warganegara. Falun Gong tidak salah dan saya tidak melanggar undang-undang.”

Guo Weishan berkata, “Anda mengganggu ketenteraman awam!” dan Zhou Shujie menjawab, “Keluarkan dokumen-dokumen itu!” lalu mereka tiada apa-apa lagi untuk dikatakan. 

Zhou Shujie ditahan secara salah kerana dia tidak mahu menulis aku janji untuk melepaskan amalan dan kepercayaannya. Zhou kemudian dibawa secara paksa ke Pusat Tahanan Bandar Jiamusi di mana dia ditahan selama 45 hari.

Ayahnya yang tua tiada selera makan selama tiga hari kerana bimbang setelah melihat berita anak perempuannya ditahan secara salah dan dipenjarakan menerusi televisyen. Adik lelaki Zhou meminta seorang kenalan pergi ke Biro Keselamatan Awam dan seorang polis memberitahu kakaknya ‘tidak menunjukkan prestasi yang baik’.

Zhou Shujie dibebaskan setelah Biro Keselamatan Awam memeras wang berjumlah 2,000 yuan daripada keluarganya manakala pusat tahanan memeras 730 yuan untuk perbelanjaan makanan.

Walaupun selepas Zhou Shujie pulang ke rumah, pada setiap kali ‘Hari Sensitif’ parti komunis, polis akan menyerbu rumahnya untuk mencari bahan dan memintanya menandatangani dokumen melepaskan kepercayaan supaya dia tidak berlatih Falun Gong lagi. 

Zhou Shujie tetap menolak dan kemudian pihak polis meminta suaminya untuk menandatangani dan suaminya juga enggan berbuat demikian. 

Polis mengancam akan menculiknya sekali lagi dan Zhou terus berjuang menuntut keadilan dan pihak lain tahu bahawa dia tidak akan diberi kebenaran untuk menegakkan keadilan.

Menentang kem buruh haram.

Pada 23 Ogos 2001, Zhou Shujie telah diculik oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Xinli kerana menyiarkan slogan kebenaran Falun Gong. 

Pada keesokan harinya, pengarah dan orang bawahannya merancang menghantar Zhou ke kem tahanan buruh haram selama 3 tahun dengan memaksanya untuk menandatangani dokumen meninggalkan kepercayaan tetapi dia tetap menolak.

Dua anggota polis bermotosikal telah ke kem buruh tersebut untuk menghantar dokumen pendidikan semula. Motosikal mereka rosak separuh jalan dan rancangan itu gagal. 

Setelah mengetahui Zhou Shujie sedang ditahan, adik lelakinya berjumpa dengan kenalan orang dalamnya sekali lagi untuk ‘menyelesaikan kes itu’ dan membatalkan kesalahan itu daripada kes ditahan di kem buruh haram kepada penahanan tidak sah.

Zhou Shujie tidak pernah bekerjasama dengan terus berpendirian tegas menentang penganiayaan Falun Gong. Penahanannya yang jelas menyalahi undang-undang telah dikurangkan dari 15 hari kepada 3 hari. Zhou Shujie enggan bekerjasama untuk menandatangani apa-apa dokumen yang diserah pihak berkuasa.

Akibatnya, Balai Polis Xinli terpaksa menahannya untuk tempoh 24 jam. Kemudian dia mendapat tahu bahawa Cawangan Keselamatan Awam Yonghong memeras ugut wang sogokan daripada keluarganya sebanyak 3,000 yuan.

Pada 20 April 2002, gangguan dan penculikan berlaku secara besar-besaran terhadap pengamal Falun Gong di bandar Jiamusi. Lebih sedozen penguatkuasa termasuk dari Briged Keselamatan dalam Biro Keselamatan Awam Jiamusi, atau dikenali ‘610’ (sebuah institusi haram ala gestapo yang mengkhususkan dalam penganiayaan terhadap Falun Gong), Biro Keselamatan Awam Yonghong dan Balai Polis Xinli, telah melakukan serbuan ke rumah Zhou Shujie pada jam 7 malam dengan memecahkan  pintu rumahnya dan berada di sana selama lebih setengah jam. Kemudian setelah menggeledah, mereka beredar pergi.

Zhou Shujie dapat mencari jalan keluar daripada ditahan dengan berjaya melarikan diri ke tempat lain, sambil masih mampu bekerja ketika dalam persembunyian itu.

Keluarga digari dan dirantai.

Pihak polis kerap datang ke rumah untuk mengganggu dan mengancam serta menakut-nakutkan suami dan anak perempuannya tanpa menemui Zhou Shujie. 

Suaminya yang tidak berlatih Falun Gong turut di soal siasat oleh polis dan diculik ke Biro Keselamatan Awam. Wangnya dirampas dan pakaiannya dikoyak dalam proses polis mendapatkan maklumat.

Polis menggari dan memaksa suami Zhou duduk di atas kerusi besi selama lebih dari sepuluh jam, menyebabkan dia berulang kali mengalami serangan jantung sebelum dibebaskan.

Setelah itu buat beberapa ketika, polis mengawasi rumah Zhou Shujie selama 24 jam dengan menghantar seseorang untuk mengikuti suami dan anak perempuannya.

Suaminya kehilangan pekerjaan tetap kerana keadaan fizikal yang tidak mengizinkan dan kemudian terpaksa bekerja sambilan. Kehidupan yang buruk serta penganiayaan terhadap diri dan isterinya memburukkan keadaan kesihatannya kerana dia tidak lagi dapat melakukan pekerjaan berat.

Suami Zhou berusaha membuat aduan permohonan mendapatkan wang saraan hidup minimum, namun malangnya telah ditolak. Pihak berkuasa tempatan mengancamnya supaya menyerahkan Zhou Shujie, jika mahu diberikan elaun sara hidup minimum dan tidak dikenakan bayaran untuk satu anak.

Anak perempuan Zhou Shujie ketika itu berada di darjah tiga sekolah rendah. Ibunya tiada di rumah, dan ayahnya keluar bekerja, maka dia hidup sendirian dengan makan minum yang tidak terjaga. Kanak-kanak ini juga diekori dan diugut oleh polis. Saudara-mara dan rakan-rakan ibu bapanya tidak berani membawanya bersama memandangkan dia masih kecil.

Keluarga ini telah menderita dengan penganiayaan selama bertahun-tahun, di mana mereka bukan sahaja menderita dengan kecederaan fizikal malahan dianiayai dari segi mental serta dihimpit kesulitan ekonomi.

Polis sering mengganggu rumah kakak Zhou Shujie, rumah ayahnya yang sudah berusia 80-an serta saudara-mara yang lain.

Pada akhir bulan April 2011, pasukan ‘610’ dari daerah Xiangyang, bandar Jiamusi mengarahkan komuniti dan balai polis untuk bekerjasama dengan Biro Keselamatan dan Tenaga Kerja Jiamusi untuk menghentikan pemberian wang persaraan kepada Zhou Shujie atas alasan dia berada ‘di luar kawalan’, dalam usaha memberi ancaman dan ugutan kepadanya supaya menulis jaminan untuk menghentikan amalan Falun Gong.

Keadilan yang telah dicabuli.

Pada 17 Disember 2014, ‘Kes Jiansanjiang” yang sensasi telah didengar di khalayak ramai di Mahkamah Qianjin di Ladang Qianjin, Tambakan  Pertanian Heilongjiang dan Pentadbiran Sanjiang.  Zhou Shujie dan beberapa orang pengamal Falun Gong mengatur pertemuan dalam satu gerakan berkumpulan ke mahkamah tersebut untuk menyokong pengamal Falun Gong yang ditahan tanpa pembicaraan adil.

Pada 20 Mac 2014, beberapa pengamal Falun Gong bersama saudara-mara, rakan-rakan dan peguam mereka yang telah diseksa di kelas pendidikan semula Qinglongshan telah datang ke kem tersebut untuk kali ketiga dan meminta untuk bertemu dengan para pengamal Falun Gong yang masih ditahan secara haram di sana, tetapi tidak diendahkan.

 Pada keesokan harinya, pengamal tersebut dan peguam mereka turut ditahan secara salah setelah dipukul dan diculik oleh pihak polis secara ganas. Dalam insiden itu, tiga pengamal Falun Gong berada dalam keadaan kritikal. Empat peguam yang telah diseksa oleh pihak polis, dengan salah seorang mengemukakan rekod mengalami kecederaan dalaman dengan keretakan beberapa tulang semasa berada dalam tahanan polis secara salah. Kes itu kemudian menjadi sensasi di media antarabangsa.

Bermula jam 6 pagi pada 17 Disember, pengamal Falun Gong dari seluruh dunia berhimpun di Ladang Jiansanjiang Qianjin. Berikutan musim sejuk dan ribut salji yang melanda telah menyebabkan pihak berkuasa menjadi panik dan kurang agresif, musuh besar yang tidak mampu ditewaskan.

Ramai pengamal Falun Gong yang telah ditahan oleh pasukan polis sebaik sahaja mereka tiba, termasuk Zhou Shujie yang turut ditahan oleh pihak polis ketika dia dalam perjalanan ke mahkamah. Pada hari itu, 29 pelajar telah ditahan secara salah dan dibawa ke Cawangan Keselamatan Awam di Ladang Qianjin.

Mereka dipaksa menurut arahan polis ketika geledahan, mendaftar nama, menandatangani dokumen dan kad pengenalan turut diperiksa. Mereka dilarang makan dan minum hampir sehari suntuk, dan dua anggota polis turut mengiringi mereka apabila ke tandas. Sehinggalah pada jam 3 petang mereka telah dibawa oleh polis ke stesen kereta api secara berkumpulan dan dihantar pulang ke rumah.

Pada tahun 2015, Zhou Shujie memfailkan aduan jenayah kepada Mahkamah Agung Parti Komunis China, yang menuntut agar Jiang Zemin, selaku pemimpin pelaku penganiayaan terhadap Falun Gong, ditahan dan dibicarakan menurut undang-undang jenayah.

Penganiayaan Parti Komunis China telah menyebabkan kerosakan dari segi mental dan fizikal termasuk kerugian ekonomi yang besar kepada Zhou Shujie dan keluarganya, namun mendiang tidak pernah berputus asa dalam mempertahankan prinsip dan kepercayaan ‘Sejati, Baik, Sabar’ sehingga ke akhir hayat.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular