Tanaman sayuran yang wujud di dunia ini kebanyakannya masih belum tersebar luas. Atau dalam kata lain, banyak lagi sayur-sayuran yang masih belum pernah dilihat oleh masyarakat yang tinggal di kawasan Khatulistiwa.

Gambar | ThingsInteresting

Salah satunya adalah pohon terung yang mempunyai hasil yang mirip dengan rupa telur ayam ini. Jika dilihat dari pandangan jauh, pohon terung ini sememangnya kelihatan seperti menghasilkan buah ‘telur’ kerana bentuk hasilnya yang mirip sekali dengan rupa telur, terutamanya ketika terung masih lagi berwarna putih.

Terung telur yang masih muda mempunyai warna keputih-putihan, manakala terung telur yang telah ranum akan mempunyai warna kekuning-kuningan.

Gambar | MZDNwangshijie

Terung telur ini lazimnya membesar dari ukuran 8 cm ke 13 cm panjang dan berat kira-kira 120g ke 150g. 

Pohon terung ini dipercayai pertama kali diperkenalkan dari Belanda dan merupakan hasil tanaman kacukan.

Gambar | ThingsInteresting

Pohon terung ini bagaimanapun lazimnya ditemui di negara-negara dengan empat musim seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Hasil dari pohon ini kebiasaannya dapat dinikmati pada musim luruh dan sejuk.

Yang menariknya, pada musim-musim yang lain, pohon ini tetap kelihatan cantik dan menarik serta masih boleh dilihat kerana daun, bunga dan hasil ‘telur’ yang tergantung padanya masih kekal utuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Birgit Natalie (@birgit_natalie) on

Selain daripada rupa terung telur yang cantik, terung telur ini juga dikatakan kaya dengan nutrien walaupun pohon ini memerlukan penjagaan yang agak teliti. Tetapi, dengan hasil yang menggembirakan sebegini, kami pasti untuk menjaganya adalah sesuatu yang akan memberi kepuasan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular