Tiada yang akan bersetuju jika dikatakan mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kebenaran adalah sesuatu yang boleh dilakukan dan betul.

Tidak kira apa sahaja kaedah yang digunakan untuk mengambil sesuatu milik orang lain tetap menjadi sebuah kesalahan walau apapun alasan yang diberikan. Namun, tidak semua pencuri mencuri kerana kehendak mereka kerana adakalanya mereka terpaksa melakukan perbuatan itu atas desakan hidup.

Ya, semua itu tetap salah dan mereka juga seharusnya menyedari bahawa perbuatan mereka itu adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan. Tetapi, itu tidak bermakna mereka adalah manusia yang jahat dan tidak berhati perut.

Tindakan dua orang perompak memulangkan semula barang berharga milik mangsa rompakannya pasti akan membuatkan ramai yang terkedu. Pasti ramai yang tidak menyangka mereka sanggup memulangkan semula barang tersebut apabila menyedari barang yang diambil sangat bernilai kepada mangsanya.

@etribune/Twitter

Kejadian yang berlaku di Pakistan itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup menyaksikan dua orang perompak datang semula berjumpa dengan mangsa mereka dan memulangkan semula bungkusan yang diambil. Sepertinya barang tersebut adalah sesuatu yang penting buat lelaki itu jadi mereka memutuskan untuk memulangkannya semula.

@etribune/Twitter

Mereka kemudian bersalaman dan berpelukan seolah-olah tiada yang berlaku. Lelaki tersebut juga tidak kelihatan marah kepada dua orang perompak tersebut malah dia kelihatan seperti menangis kerana mendapatkan barangnya semula.

@etribune/Twitter

Ramai netizen yang memuji tindakan perompak itu. Bagi mereka tidak semua perompak jahat dan masih ada yang baik dan berhati perut. Mereka pastinya merompak bukan kerana suka-suka tertapi kerana tekanan hidup dan terdesak.

@etribune/Twitter

Ada pula yang mengatakan bahawa tiada manusia yang dilahirkan sebagai pencuri tetapi keadaan di sekeliling yang membuatkan mereka terpaksa berbuat demikian. Kegagalan sistem yang ada juga membuatkan mereka yang terdesak melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup.

Rakaman video litar tertutup kejadian tersebut:

@etribune/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular