Jika anda pernah melihat kucing yang bersaiz besar di jalanan, mungkin anda perlu memikirkannya semula selepas melihat rakaman tangkap layar dari Google Earth ini.

@fourhourtarget/Twitter

Dalam gambar ini, dapat dilihat kelibat seekor haiwan yang sedang bersantai di atas lantai, dan haiwan itu tidak lain tidak bukan adalah Dansak, seekor kucing bersaiz gergasi yang terlihat sangat besar menerusi rakaman kamera satelit.

@fourhourtarget/Twitter

Menerusi kiriman oleh pemilik Dansak, @fourhourtarget, dengan bangganya berkongsi tangkap layar gambaran rumahnya, dengan Dansak yang sedang bersantai di halaman rumah. Bagaimanapun, dari gambaran udara, Dansak sememangnya kelihatan sangat besar!

@fourhourtarget/Twitter

“Saya tidak mengatakan bahawa kucing kami yang dahulu adalah kucing bersaiz besar, tetapi ini adalah rakaman gambarnya dalam Google Earth,” tulis @fourhourtarget dalam kiriman yang dimuatnaik pada petang 14 Jun lalu.

Bagaimanapun, selepas kiriman tersebut mendapat sambutan ramai dengan lebih dari 47,400 sukaan dan lebih dari 6,900 ulang kicau, @fourhourtarget kemudiannya berbesar hati berkongsi lebih banyak gambar kenangannya dengan Dansak, yang telah meninggal dunia.

@fourhourtarget/Twitter

Menurut @fourhourtarget, doktor veterinar yang pernah merawat Dansak mengatakan bahawa Dansak sememangnya adalah kucing yang ganas.

Malah, dengan saiz tubuh yang besar, Dansak tidak mudah berasa takut. @fourhourtarget berkongsi bahawa Dansak juga pernah mengejar dua ekor musang sekaligus! Memang luar biasa!

@fourhourtarget/Twitter

Bagaimanapun, di akhir-akhir kehidupan Dansak, Dansak telah mengidap penyakit yang menyebabkan Dansak tidak boleh bernafas dengan normal, jadi @fourhourtarget berkongsi bahawa dia perlu membantu Dansak untuk sesi perubatannya pada setiap hari. @fourhourtarget juga turut menyediakan sebuah kotak yang besar untuk menyimpan semua peralatan perubatan Dansak.

@fourhourtarget/Twitter

Walaupun kini Dansak telah tiada, namun kami percaya pemiliknya masih lagi selalu mengingati Dansak dan sentiasa merinduinya. 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular