Berada di rumah ekoran penularan COVID-19 kebelakangan ini sudah tentu memberikan kita banyak masa untuk diluangkan bersama ahli keluarga yang tersayang. Banyak benda yang boleh kita lakukan untuk hiburkan diri.

Seperti seorang gadis ini, Jackie Gansky yang memutuskan untuk melakukan silap mata bagi menghiburkan ibu kesayangannya. Hanya menggunakan dua cawan plastik dan dua biji lemon, Jackie meminta ibunya untuk memerhatikan buah lemon.

Jackie Gansky/Instagram

Pada mulanya, sebiji lemon yang ibunya lihat itu berada di dalam cawan pada tangan kiri Jackie, namun setelah ianya ditutup, buah lemon itu kemudian ‘muncul’ di bawah cawan pada tangan kanan Jackie pula.

Seperti video di bawah ini, kita jelas dapat melihat sendiri helah yang digunakan Jackie untuk mengelirukan ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jackie Gansky (@jackiegansky) on

Jackie Gansky/Instagram

Apa yang melucukan adalah reaksi ibu Jackie yang seolah-olah tidak mempercayai apa yang sedang dilakukan oleh anak perempuannya itu. Pasti ibunya menyangka bahawa anaknya itu sudah menjadi pengamal sihir!

“Apa yang sedang berlaku ni? Bagaimana kamu melakukannya”, soal ibu Jackie ingin tahu.

Jackie Gansky/Instagram

Ketika video itu hampir tamat, dapat disaksikan bahawa kedua-dua biji lemon tersebut diangkat bersama-sama dengan cawan plastik. Helah tersebut ternyata menambahkan lagi kebingungan ibunya dalam memikirkan ke mana agaknya buah itu pergi.

Lebih kelakar apabila Jackie sempat juga membuat bunyi aneh ketika melakukan helah untuk menjadikan aksinya tampak nyata…

Jackie Gansky/Instagram

Sehingga melopong mulut ibu Jackie menyaksikan ‘aksi hebat’ anaknya itu. jika anda berasa bosan di rumah, apa kata anda cuba lakukan perkara yang sama seperti apa yang Jackie lakukan. Pasti ramai yang kagum nanti!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular