Setiap individu mempunyai sisi atau sifat yang tersembunyi. Semuanya bergantung sama ada anda menyedari atau mengakuinya ataupun tidak, namun ia tetap wujud.

Mahu tahu tabiat yang mungkin ada pada diri anda? Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih makanan mana yang anda cenderung untuk makan dahulu, lihat gambar di bawah. Cepat pilih sama ada 1, 2, 3 ataupun 4.

#1 Aiskrim

Gambar hiasan/Pixabay

  • Seringkali meletakkan akaun media sosial seperti Facebook dalam mod tidak kelihatan (invisible mode) sedangkan berada di talian (online) sebenarnya
  • Sangat malas
  • Agak kelam-kabut
  • Pandai berpura-pura menjadi seorang yang kurang bijak
  • Naif
  • Suka tersenyum
  • Individu yang suka mencari pasal
  • Merindui rakan lama tetapi enggan menghubungi mereka
  • Bencikan orang yang sombong

#2 Burger

Gambar hiasan/Pixabay

  • Miliki keinginan yang kuat
  • Sukakan kebebasan dan berharap agar setiap orang mendengar suara mereka sendiri
  • Mahukan kesempurnaan dan sukakan pelukan
  • Ketabahan dan keyakinan serta sifat memilki yang tinggi
  • Baik hati dan mudah tersentuh
  • Banyak menghabiskan masa bercakap dengan diri sendiri
  • Sentiasa merasai perkara yang baik tentang diri sendiri
  • Suka padam perkara di komputer ataupun di telefon bimbit

#3 Minuman

Gambar hiasan/Pixabay

  • Agak menjaga kebersihan
  • Peminat yang setia (jika menyukai seseorang)
  • Di luar agak dingin namun tidak di dalam
  • Miliki hati yang baik
  • Keinginan untuk memiliki
  • Mahukan kesempurnaan
  • Suka bergurau
  • Agak spesifik tentang apa yang dimakan
  • Gelak tawa seperti kanak-kanak
  • Mengalami gangguan paranoid, pesimis, dan obsesif-kompulsif ringan

#4 Kentang goreng

Gambar hiasan/Pixabay

  • Suka menggigit sel kulit mati pada bibir
  • Bakal kehabisan wang tidak lama lagi
  • Tidak meninggalkan sisa makanan selepas makan
  • Picit ubat gigi daripada bahagian bawah
  • Suka menarik kulit yang terkopek pada jari
  • Agak geli jika disentuh pada tubuh
  • Sentiasa memotong kuku hingga pendek
  • Semuanya perlu kemas
  • Meletakkan barang dengan sangat cermat dan berhati-hati

Jadi bagaimana? Cuba amati dan perhatikan sama ada keterangan di atas ini dapat menjelaskan tabiat dan keunikan anda dan jangan lupa kongsikan dengan kenalan anda juga ya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular