- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Komuniti perniagaan India cadang lancar gerakan memboikot produk China

Konflik tuntutan sempadan wilayah India-China yang kian memuncak sehingga bertukar ganas antara pasukan tentera China dan India di Lembah Galwan, Ladakh, India telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 tentera India terkorban dan kecederaan berpuluh tentera yang lain dari kedua-dua negara.

Yawar Nazir/Getty Images

Pertelingkahan membawa maut tersebut telah mendorong orang awam memimpin gelombang ‘memboikot produk buatan China’ yang dipimpin oleh komuniti perniagaan India.

Central News Agency melaporkan terdapat perbincangan yang hangat diperkatakan di laman media sosial India untuk memboikot produk buatan China (#BoycottChina). 

@Kantesh_Badiger/Twitter [9]

Beberapa netizen India menulis dalam Twitter menyebut jenama dan perisian serta peranti pintar buatan China di India, juga secara khusus perisian sosial audio-visual Douyin yang popular di kalangan golongan muda, dengan meminta kesemua warga India untuk memadamkannya.

PRAKASH SINGH/AFP via Getty Images

Persatuan Pedagang Seluruh India, kesatuan perniagaan yang mempunyai 70 juta keahlian peruncit fizikal di seluruh India telah memimpin gerakan memboikot barangan China itu pada hari Rabu,17 Jun.

DIBYANGSHU SARKAR/AFP via Getty Images

Televisyen India melaporkan bahawa kesemua pengusaha dan peniaga di India akan menyenaraikan lebih 3,000 produk buatan China dalam lebih daripada 450 komoditi seperti kosmetik, beg pakaian, permainan, perabot, kasut, jam tangan dan lain-lain, dengan mengkehendaki rakyat India memboikotnya.

PRAKASH SINGH/AFP via Getty Images

Persatuan Pedagang Seluruh India cuba menekankan bahawa mereka berharap pemboikotan produk China akan berlanjutan hingga bulan Disember tahun hadapan, yang akan mengurangkan nilai dagangan barangan yang diimport dari China sehingga RM300 bilion.

@dave_janak/Twitter [12]

Di seluruh India, beberapa gerakan kumpulan dan peniaga melancarkan boikot, memijak dan membakar barangan buatan China sebagai tanda memprotes pembunuhan tentera India oleh Parti Komunis China, termasuk membakar timbunan barangan dari China di hadapan premis mereka sendiri. 

NOAH SEELAM/AFP via Getty Images

Mereka menjerit, “China yang memalukan, China memalukan” sambil membakar  kesemua barangan buatan Parti Komunis China menunjukkan tanda memboikot kesemua produk dari China.

Beberapa rakaman video kumpulan yang memboikot produk China kini tular tersebar di laman media sosial India.

loading...