Naluri haiwan yang manja seperti kucing dan anjing jelas sekali dapat mengesan insan yang menyayangi mereka. Jika mereka memerlukan pertolongan, insan penyayang itu pasti dengan senang hati akan membantu.

Seekor anjing jalanan difahamkan telah memasuki sebuah farmasi lalu ‘menunjukkan’ kecederaan yang dialaminya bagi membolehkan dirinya mendapat rawatan daripada ahli farmasi. Bijak betul!

The Dodo

Ketika itu, seorang wanita, Banu Cengiz sedang bertugas di farmasi tersebut. Dia ternyata tidak dapat menolak apabila anjing pintar itu menunjukkan tapak tangannya yang terluka.

Banu yang sememangnya merupakan pencinta haiwan sebelum ini difahamkan pernah menyelamatkan anjing jalanan dan mengambilnya untuk dibela.

Untuk anjing-anjing jalanan yang lain, Banu turut menyediakan ruang khas buat mereka di luar farmasi itu, di mana mereka dibenarkan untuk makan dan tidur di ruang tersebut semahu mereka.

The Dodo

Farmasi tersebut berada di kawasan biasa anjing jalanan berkeliaran. Berdekatan dengan farmasi itu, anjing jalanan akan mencari tempat untuk berehat dan makan makanan yang disumbangkan oleh insan di sekeliling.

“Anjing itu memandang saya. Jadi saya bertanya kepadanya, apa masalah yang dialaminya?”, cerita Banu.

Anjing itu kemudian dibawa masuk ke dalam. Ketika itulah, Banu perasan akan kecederaan pada tapak tangan anjing itu.

@Badores/Twitter

Jelas sekali anjing tersebut meminta pertolongan Banu. Ahli farmasi itu kemudian membersihkan luka anjing terbabit dengan menggunakan cecair antiseptik dan setelah darah berhenti mengalir, ubat antibiotik diberikan.

Sepanjang rawatan diberikan, anjing pintar itu berkelakukan dengan amat baik, seolah-olah begitu memahami niat murni yang sedang dilakukan Banu dalam membantunya. “Selepas selesai, dia berbaring sebagai tanda terima kasih kepada saya”, kata Banu.

@Badores/Twitter

“Anjing itu juga seakan berkata, “Saya percayakan kamu”, tambah Banu lagi yang ternyata begitu gembira kerana dapat membantu anjing jalanan yang mengalami kecederaan. Untuk pengetahuan anda, Banu juga menyediakan ruang pemulihan untuk haiwan yang cedera.

Banu turut memberikan anjing itu makanan dan minuman serta membenarkan anjing berkenaan berehat di dalam farmasi. Jelas sekali bahawa anjing itu tahu bahawa dirinya telah pergi ke lokasi yang tepat.

The Dodo

“Saya melakukannya kerana haiwan juga mempunyai perasaan. Kita harus membantu haiwan yang memerlukan”.

“Orang ramai patut mendidik anak-anak mereka agar menyayangi dan menghormati haiwan dan alam sekitar. Barulah kita semua dapat hidup bersama dengan bahagia”, akhiri Banu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular