Dunia sekarang semakin canggih. Dengan adanya kemudahan internet, kita boleh mendapatkan pelbagai informasi di hujung jari.

Kita boleh menyaksikan kejadian yang berlaku di seluruh pelosok dunia, fenomena alam semula jadi, berita terkini dan bermacam-macam lagi.

Justeru, apa jua perkara yang anda ingin tahu, apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan menggunakan enjin carian internet seperti Google untuk mengetahui sesuatu perkara.

Bukan sahaja fakta, anda juga boleh mengetahui pelbagai perkara pelik yang wujud di dunia ini tanpa perlu bersusah-payah. Berikut merupakan 10 contoh perkara pelik yang pengguna perolehi menerusi carian di internet.

#1 Saya menemui mikrocip ini pada haiwan jalanan. Apakah sebenarnya benda ini?

Peekme

Cip bersaiz kira-kira satu milimeter ini kebiasaannya diletakkan pada haiwan peliharaan bagi menjejaki lokasi haiwan ini sekiranya hilang

#2 Teman wanita saya menemui biji-biji ini semasa makan. Adakah ia sejenis benih?

Peekme

Tidak. Biji-biji kecil ini sebenarnya merupakan telur serangga.

#3 Apakah tanda hitam ini ya? Saya melihatnya di tandas asrama.

Peekme

Tanda hitam itu adalah kesan gigitan anai-anai.

#4 Adik saya menemui makhluk ini ketika menyiang ikan. Apa agaknya benda putih ini ya?

Peekme

Ini adalah sejenis parasit yang melekat pada lidah ikan dan menghisap darahnya.

#5 Saya selalu ternampak kereta ini tetapi tidak tahu apakah fungsi kerangka besi di bumbung kereta itu. Ada sesiapa boleh jelaskan?

Peekme

Kerangka besi itu dipasang pada kereta bertujuan untuk meletakkan kamera ketika merakamkan sesebuah filem.

#6 Makhluk jenis apa ya ini?

Peekme

Ini adalah spesies lintah bulan merah Eropah. Kedua-dua lintah ini sedang dalam proses untuk mengawan.

#7 Fenomena yang menakjubkan. Kelihatan seperti awan tetapi bukan. Apakah ia?

Peekme

Ini adalah kesan yang ditinggalkan oleh roket setelah ia dilancarkan ke angkasa.

#8 Apakah benda yang tergantung di siling rumah lama ini dan apakah fungsinya?

Peekme

Ia merupakan sejenis kipas yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu. Untuk menggunakannya, anda perlu menarik tali berulang kali bagi menghasilkan angin.

#9 Apakah nama alat muzik ini?

Peekme

Ini merupakan gitar Gibson yang berasal sekitar tahun 1903 sehingga 1933.

#10 Saya menemui ‘cengkerang’ ini di padang pasir. Apakah ia?

Peekme

Ini adalah serpihan titanium yang jatuh dari angkasa lepas.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular