Ekoran memasarkan 140,000 pelitup muka yang rosak dan tidak elok, seorang pembuat pelitup muka di China telah didakwa pada 17 Jun lepas setelah mengeskport dan memasarkan produknya itu sebagai alat penafasan N95 ke Amerika Syarikat (AS).

Ia merupakan kes terbaru terhadap syarikat yang telah didakwa kerana menjual alat perubatan yang rosak ketika penularan wabak pandemik masih lagi berlaku.

Mendakwa bahawa produk mereka telah memenuhi standard yang menapis 95% zarah kecil, syarikat Crawford Technology Group (Hong King) Co. yang berpangkalan di China telah didakwa oleh pendakwa persekutuan.

Pelitup muka tersebut didakwa sebagai alat pernafasan KN95. Pelitup muka seperti itu – yang mempunyai standard penyaringan serupa dengan alat pernafasan N95, sememangnya digunakan oleh pekerja kesihatan.

Cindy Ord/Getty Images

Walau bagaimanapun, ujian mendapati bahawa pelitup muka itu hanya menyaring 22% zarah kecil — jauh di bawah standard penapisan 95%, kata Jabatan Kehakiman AS. Pendakwaan itu adalah usaha untuk membendung pengedaran peralatan pelindung diri palsu agar tidak masuk ke AS.

Hospital dan pihak berkuasa AS sebelum ini telah beralih kepada syarikat asing – terutama dari China, bagi membekalkan produk perubatan ketika mengalami kekurangan teruk disebabkan oleh wabak tersebut.

Namun demikian, kebanyakan peralatan perubatan yang diimport malangnya tidak memenuhi standard kualiti selepas ujian dijalankan. Banyak negara di dunia turut memulangkan kembali pelitup muka, kit ujian dan sut pelindungan diri yang dikeluarkan oleh China.

Ejen Kastam dan Perlindungan Sempadan AS telah memeriksa penghantaran topeng daripada syarikat Crawford, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York pada awal Mei yang lalu.

STR/AFP via Getty Images

Menurut aduan yang dikemukakan oleh Pejabat Peguam AS di New Jersey, pengedar yang tidak dikenali telah membayar Crawford sekitar $150,000 (RM641,625) untuk pelitup muka tersebut. Pembungkusan pada produk tersebut jelas mendakwa bahawa ianya memenuhi piawaian yang ditetapkan di Kesatuan Eropah dan China.

Menurut Jabatan Kehakiman, selain daripada itu, laman wab syarikat juga mengatakan bahawa produk mereka itu mempunyai empat lapisan perlindungan dan telah pun lulus ujian nasional 2626-2000.

Pembungkusan itu mendakwa topeng itu memenuhi piawaian yang ditetapkan di Kesatuan Eropah dan China, dan laman web syarikat mengatakan alat pernafasan mempunyai “4 lapisan perlindungan” dan “lulus ujian nasional 2626-2000,” menurut Jabatan Kehakiman.

Pendakwa mendakwa Crawford atas kesalahan membuat tuntutan palsu mengenai standard penapisan pelitup muka yang melanggar Undang-Undang Makanan, Dadah, dan Kosmetik Persekutuan serta dikenakan denda maksimum berjumlah $200,000 (RM 855,500).

STR/AFP via Getty Images

“Peralatan perlindungan diri yang rosak dan diletakkan dengan jenama yang salah adalah merbahaya bagi semua orang yang secara tidak sengaja membeli dan menggunakannya”, kata Peguam AS, Craig Carpenito dalam siaran akhbar.

Pada 5 Jun lalu, pendakwa mendakwa pengeluar China yang lain kerana telah mengeksport hampir setengah juta pelitup muka yang rosak, di manaianya dikatakan sebagai alat pernafasan N95.

Pada bulan Mei, Pentadbiran Makanan dan Dadah membatalkan persetujuan lebih daripada 60 pengeluar pelitup muka N95 dari China untuk dieksport ke Amerika Syarikat, setelah ujian mendapati banyak produk mereka tidak memenuhi standard kualiti.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular