Bukan semua orang memiliki kemahiran memasak namun kisah kali ini amat mengagumkan, di mana seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari China ini mempunyai kemahiran memasak yang hebat!

Oleh kerana itulah, kanak-kanak lelaki tersebut yang lebih mesra disapa Cef Zheng sudah pun mempunyai peminatnya di laman media sosial dek kerana hasil video masakan yang disuntingnya itu tidak ubah seperti video masakan profesional.

Ianya dimulakan dengan proses penyediaan bahan masakan, proses memasak kemudian proses rakaman sepanjang aktiviti memasak sehinggalah ke bahagian suntingan video. Semuanya dilakukan oleh Zhang sendiri.

SCMP/Facebook

Menurut laporan, video masakan Zheng yang hebat itu hanya dirakam menggunakan kamera telefon bimbit. Namun ianya menjadi lebih menarik dan menyelerakan ekoran bantuan pencahayaan. Tidak hairanlah videonya itu kerap ditonton sehingga mencecah jutaan kali.

“Setiap pergerakan ketika memasak agak sukar dan memerlukan banyak masa untuk menyuntingnya. Saya pernah memasak sup bersama ibu dan terpaksa berdiri selama 5 jam untuk membuat rakaman. Tapi saya tidak berasa puas hati dengan hasilnya”, kata Zheng.

Walaupun masih muda, Zheng berjaya menguasai pelbagai jenis makanan dan kulinari yang berbeza – daripada sushi Jepun, kemudian daging panggang istimewa China sehinggalah kepada ais krim yang menyegarkan!

SCMP/Facebook

Zheng mendedahkan bahawa dia mula mempelajari dunia masakan dan teknik suntingan video sejak umurnya 8 tahun lagi kerana terinspirasi daripada ibu dan neneknya. Bahkan Zheng merasakan bahawa memasak dan membuat video tutorial sudah menjadi sebahagian hidupnya.

“Ia seperti sebahagian hidup saya. Saya boleh mencuba masakan baru setiap hari sekaligus belajar pelbagai kaedah memasak sambil membuat video. Ianya mengubah hidup saya”, tambah Zheng yang lazimnya merancang menu masakan yang bakal dibuat bersama ibunya.

SCMP/Facebook

Menurut ibunya, Zheng mempunyai banyak idea ketika memasak. “Saya hanya memberikannya cadangan sahaja”, kata ibu Zheng. Walaupun banyak pujian yang diberikan buat Zheng namun ada juga yang mengkritiknya.

“Banyak juga individu yang mengkritik video masakan Zheng dengan mengatakan bahawa anak saya masih terlalu muda untuk menjadi bintang internet. Malah ramai juga yang menyuruhnya fokus dalam pelajaran sahaja”, tambahnya.

SCMP/Facebook

Namun ia langsung tidak menghalang Zheng daripada terus melakukan hobi yang diminatinya. Zheng selalu berfikiran positif dan juga mesra bersama peminatnya di bahagian komen pada video yang dimuat naiknya.

Akui Zheng, dia sebenarnya tidak mahu menjadi cef profesional ketika dewasa kelak. Sebaliknya dia hanya mahu mengembara bagi membolehkannya merasai semua makanan yang enak di Eropah hinggalah ke Amerika Selatan.

“Kini Zheng masih terus memuat naik video tutorial masakannya di internet. Saya harap dia mendapat sesuatu daripada hobi yang diminatinya ini”, akhiri ibu Zheng. Jom saksikan videonya di bawah :

SCMP/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular