Baru-baru ini, tular foto yang memperlihatkan seorang lelaki memacakkan batu nisan pada kawasan berlubang di atas sebuah jalan. Ia dimuat naik oleh akaun Brotherhood Shah Alam di laman Facebook.

Individu yang melakukannya, Mohd Safarin berkata bahawa tindakannya itu bukan bertujuan untuk mempersendakan batu nisan mahupun menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Idea itu menurutnya muncul secara spontan.

Brotherhood Shah Alam/Facebook

“Ia datang secara spontan sebagai makluman kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan segera terhadap aduan orang awam”, kata Safarin.

Selain memacakkan batu nisan berkenaan, Safarin juga sempat bersila di hadapan batu nisan tersebut lalu menadah tangan seolah-olah sedang berdoa.

Menurutnya, ia adalah tindakan alternatif untuk mengingatkan PBT selepas tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang di Persiaran Pelabuhan Barat, Bandar Armada Putra, Pulau Indah, Klang.

Brotherhood Shah Alam/Facebook

Beliau bersama seorang lagi rakan, Imrandin difahamkan telah menandakan lokasi lubang tersebut pada 10 Jun dan mengambil foto, lalu melampirkannya bersama aduan secara e-mel kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“MPK membalas kiriman e-mel tersebut tapi tiada tindakan lanjut diambil. Sedangkan lubang itu berada di jalan utama yang menjadi laluan penduduk pergi dan pulang ke tempat kerja”, ulasnya lanjut.

Ekoran daripada itu, Safarin kemudian membuat penandaan kali kedua namun ianya sedikit berbeza apabila melibatkan penggunaan batu nisan. “Kebetulan batu nisan memang ada di rumah jadi saya bawa ke situ untuk dipacakkan”.

Brotherhood Shah Alam/Facebook

Walau bagaimanapun, Safarin tidak membiarkan batu nisan itu di situ sebaliknya membawanya pulang kerana niatnya hanya untuk memberi peringatan kepada pihak yang berkenaan. PBT kemudiannya difahamkan telah segera menurap jalan tersebut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular