- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Migaloo si ikan paus Humpback putih, dilihat berada di kawasan perairan New South Wales

AUSTRALIA – Ikan paus putih atau lebih dikenali sebagai Migaloo, telah dilihat di Pantai Selatan New South Wales semasa penghijrahan tahunannya yang bergerak dari Antartika ke Queensland.

Ianya disaksikan oleh Ross Contanzo dan Kym Machin. “Kami melihat beberapa ekor paus namun kami berjaya melihatnya antara kawasan Crescent dan Hat Head lalu berenang ke South West Rocks”.

“Saya dan Kym cukup yakin bahawa ikan paus yang kami lihat itu merupakan Migaloo yang terkenal namun kami bukanlah pakar dalam bidang berkaitan ikan paus”, kata Ross.

Selain itu, ia turut disaksikan di Port Macquarie’s Tracking Point oleh Leigh Mansfield selaku pengurus penyelamat untuk Organisasi Penyelamatan dan Penyelidikan Cetacea di Australia (ORRCA).

@MC_org/Twitter [3]

Pada kira-kira pukul 11 pagi, Leigh menghubungi kapal penangkap ikan paus tempatan dan berteriak, “Kod merah! Saya telah melihatnya”.

Migaloo adalah salah seekor daripada 40,000 ikan paus Humpback yang unik kerana berwarna putih. Justeru, ia membuatkan orang ramai yang bertuah melihatnya berasa sangat teruja dan mula meramalkan pergerakannya.

Pakar pemerhati ikan paus menjangkakan bahawa Migaloo akan tiba di Sydney dan juga di Teluk Byron. Cara terbaik untuk menyaksikannya adalah dengan pergi ke kawasan tanjung dan memakai teropong.

Migaloo pertama kali dilihat pada tahun 1991 di Teluk Byron dan ia merupakan ikan paus putih pertama yang didokumentasikan di dunia. Paus itu diberi nama ‘white fella’ dan dijangka berusia 3-5 tahun pada ketika itu.

@Migaloo1/Twitter [6]

Migaloo dilindungi di bawah undang-undang Queensland dan Komanwel, yang menyatakan bahawa tidak ada kapal yang dibenarkan berlayar mendekatinya, lebih kurang jarak antara 500 meter daripadanya.

Jika gagal berbuat demikian, kapal boleh dikenakan denda sehingga $16,500 (RM48,459). Menurut saintis, kedatangan Migaloo memberikan maklumat berharga mengenai corak migrasi paus Humpback.

Bermula setiap bulan April setiap tahun, kira-kira 35,000 ekor ikan paus Humpback berpindah ke kawasan Utara ke perairan subtropika, di mana mereka akan mengawan dan melahirkan anak ikan di sana.

@jkbibliophile/Twitter [8]

Namun penghijrahan paus Humpback itu difahamkan bergantung kepada suhu air laut, ais laut, faktor pemangsa dan ketersediaan makanan di kawasan terbabit.

loading...