Seperti manusia, haiwan juga mempunyai keinginan untuk disayangi dan dibelai. Bagi manusia, kita akan bermanja dengan pasangan atau ahli keluarga untuk mendapatkan perhatian mereka.

Begitu juga dengan haiwan. Haiwan seperti anjing dan kucing mempunyai cara tersendiri seperti merenung, merebahkan badan, menggeselkan badan dan muka mereka kepada kita dan bermacam-macam lagi.

Tetapi bagaimana pula dengan hidupan akuatik seperti ikan? Kita jarang melihat haiwan spesies ini menunjukkan emosi mereka. Apabila kita mendekati, pasti ikan-ikan ini akan berenang menjauhi kita.

Namun berbeza pula bagi sekumpulan ikan kerapu di Aquarium Osaka yang gemar dibelai oleh manusia.

@utagech/Twitter

Dalam sebuah video berdurasi 1 min 7 saat yang tular di Twitter itu, dapat dilihat seorang penyelam sedang berada di dasar akuarium. Penyelam ini turut membawa segelung hos tiub bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan akuarium.

@utagech/Twitter

Pada ketika itu, secara tiba-tiba salah seekor ikan kerapu telah berenang menuju ke arah penyelam tersebut dan mendekatinya tanpa rasa ragu. Ikan ini kemudiannya mula merapatkan badannya ke arah penyelam tersebut dan membiarkan dirinya dibelai dan diusap dengan penuh kasih-sayang.

Lihatlah betapa manjanya ikan kerapu ini. Makin dibelai, makin melentok pula! Sekali imbas, gelagat ikan kerapu ini persis seperti gelagat anjing atau kucing yang manja. Pelik bukan?

@utagech/Twitter

Turut dimaklumkan bahawa Aquarium Osaka memiliki sebanyak 18 ekor ikan kerapu dan sekitar empat ke lima ekor daripadanya sangat akrab dengan penyelam tersebut.

Malah, ikan-ikan ini juga akan berenang mendekati penyelam tersebut seolah-olah meminta perhatian selain mahu badan mereka dibersihkan. Memang manja betul ikan-ikan ini ya?

@utagech/Twitter

@utagech/Twitter

Apa yang menarik mengenai kejadian ini adalah insiden ini biasa terjadi dalam kalangan spesies ikan lumba-lumba dan juga jerung. Dalam kes tertentu, ikan-ikan ini mampu mengenal pasti manusia yang sentiasa memberi mereka makan dan akan sentiasa mengingati manusia tersebut.

Namun, perkara ini tidak pernah dilihat berlaku kepada ikan kerapu. Hal ini dengan jelasnya membuktikan ikatan istimewa yang terjalin di antara penyelam dan juga ikan kerapu tersebut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular