BEIJING – Insiden letupan lori tangki minyak di lebuh raya timur China pada 13 Jun lalu dilaporkan meningkat kepada 18 orang manakala hampir 200 mangsa lagi mengalami kecederaan.

Menurut laporan media, tragedi letupan dalam insiden yang berlaku di bandar Wenling, di timur wilayah Zhejiang itu telah mengakibatkan kejadian runtuhan beberapa kediaman dan kilang yang berada di sekitar kawasan kejadian.

Selain itu, asap tebal turut dilihat menyelubungi ruang udara malah terdapat juga beberapa buah kereta yang turut terbakar.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan pengurusan kecemasan China, seramai 188 mangsa yang mengalami kecederaan masih lagi mendapatkan rawatan di hospital disebabkan oleh tragedi yang mengerikan itu. Petugas kecemasan kini masih dalam usaha untuk mengesan dan menyelamat mangsa.

Agensi berita rasmi Xinhua pula melaporkan terdapat letupan kedua yang terjadi apabila trak itu terjatuh ke sebuah bengkel berhampiran lebuh raya terbabit sekali gus memburukkan lagi keadaan pada ketika itu.

Paparan Skrin/YouTube

Sementara itu, pihak berkuasa melaporkan bahawa lori trak yang itu membawa muatan berisi gas cecair itu meletup sekali gus menghasilkan bebola api yang begitu marak.

Letupan ini turut mengakibatkan asap tebal menyelubungi ruang udara disertai dengan jeritan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu di hadapan mereka.

Paparan Skrin/YouTube

Terdapat juga satu rakaman video yang tular memaparkan satu serpihan besar melayang di udara sebelum terhempas berhampiran bangunan berdekatan.

YouTube

Satu lagi video turut memaparkan beberapa bangkai trak dan tayar merempuh bangunan yang runtuh akibat letupan besar tersebut.

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular