- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Fenomena ‘pelangi api’ di langit Yilan, netizen Taiwan tidak dapat berhenti untuk terus memuji keindahannya

Pada jam 5 petang 14 Jun, fenomena alam pembentukan awan ‘Pelangi Api’ yang jarang-jarang berlaku telah muncul di langit Taiwan.

Chen Bilin yang merupakan pengarah Muzium Lanyang, antara insan bertuah yang menyaksikan keajaiban fenomena alam tersebut telah mengambil beberapa gambar dan memuat naiknya di laman Facebook, mengajak para netizen untuk melihat bersama-sama sambil menikmati momen keajaiban itu.

Beberapa netizen yang melihat terus memperkatakan pemandangan itu terlalu indah seperti hasil lukisan tulen, terasa ingin mendakapnya dengan perasaan yang hangat.

Menurut laporan Central News Agency, Chen Bilin memberitahu kira-kira jam 5 petang, beliau melihat pemandangan pembentukan ‘pelangi api’ di sebalik awan yang jarang berlaku ketika berada di lorong Jalan County 191 berhampiran Jalan Jiaoxi di persimpangan jalan menuju Yilan dan Toucheng. 

Ia adalah penampakan pertama kali beliau menyaksikan fenomena awan pelangi api yang menjadi satu kejutan terindah buat dirinya.

Chen Bilin berkata setelah mengambil gambar pemandangan itu, beliau berkongsi dengan para pengguna di Facebook sambil menyarankan semua orang supaya bergegas ke lokasi tersebut untuk melihat langit berpelangi api, fenomena alam pertama kali yang jarang berlaku. 

Beberapa netizen memberi reaksi teruja selepas melihatnya, “Adakah ini gambar alam sebenar? Ia terlalu cantik”, “Saya benar-benar ingin mencetaknya dan membingkai gambar itu untuk digantung sebagai hiasan rumah”.

Pengarah Stesen Meteorologi Hsinchu, Tang Shunran memberitahu wartawan Central News Agency, pembentukan ‘pelangi api’ yang dilihat oleh orang awam itu terbentuk disebabkan terdapat titisan air di udara ketika hujan. 

“Fenomena ‘Circumhorizontal Arc’ juga biasa dikenali sebagai ‘pelangi api’, kebiasaannya terbentuk oleh pembiasan kristal ais di awan,” jelasnya.

Tang Shunran berkata fenomena alam pelangi api agak jarang berlaku. Pembentukan awan ini mestilah sekurang-kurangnya dalam jarak 6,000 meter atau lebih di udara.

Sekiranya terdapat cukup kristal ais di permukaan udara, pelangi akan terbentuk melalui pembiasan kristal ais. Di samping itu, pembentukan pelangi api tiada kaitan dengan gempa bumi dan ia biasanya berlaku ketika musim panas dengan memenuhi syarat-syarat luar biasa yang yang dinyatakan di atas.

loading...