Seorang ibu atau nenek yang membesarkan kita dengan baik akan terus berada di sisi memberi sokongan tidak kira ketika susah dan senang, menjadikan kita seperti mereka, menyayangi orang lain dengan hati tulus ikhlas.

Maka kita akan menjadi sedih sekiranya orang yang disayangi itu pergi buat selama-lamanya, tambahan sekiranya ia membabitkan orang yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.

El Diario de Nanchital/Facebook

Walaupun ramai mungkin tidak mengetahui kisah di sebalik gambar-gambar meluluh hati yang baru-baru ini dimuat naik di laman Facebook, tidak salah rasanya untuk mengatakan betapa pemuda dalam gambar itu begitu menyayangi dan mengambil peduli akan kebajikan neneknya yang sudah tua sehingga ke saat akhir.

Gambar dalam insiden tragis yang dikatakan berlaku di tempat letak kereta di Hospital Besar Mexico City di Mexico ketika seorang pemuda berusaha mengatur agar neneknya segera dimasukkan ke hospital setelah wanita itu mula menunjukkan gejala Covid-19 walaupun pada mulanya dia asimptomatik (tidak bergejala).

El Diario de Nanchital/Facebook

Membiarkan neneknya yang sesak nafas terlebih dahulu menunggu di dalam kereta, pemuda itu tiba-tiba berasa amat cemas dan ketakutan setelah mendapati neneknya sudah kaku tidak sedarkan diri ketika dia kembali untuk mengambilnya.

Dengan segera tanpa berfikir panjang atau berasa takut akan risiko dijangkiti virus, pemuda tersebut berusaha memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) kepada neneknya dalam usaha terakhir untuk memastikan dia masih bernyawa, tetapi malangnya neneknya itu kekal tidak bertindak balas.

El Diario de Nanchital/Facebook

El Diario de Nanchital melaporkan, ketika doktor dan petugas kesihatan tiba di tempat kejadian, nenek pemuda ini telah disahkan meninggal dunia akibat virus PKC (Covid-19), berita yang amat menyedihkan.

Gambar-gambar tular yang dimuat naik dikatakan dirakam oleh Moses Pablo, seorang pengantara dan jurufoto untuk agensi Cuartoscuro di Mexico.

El Diario de Nanchital/Facebook

Tidak dapat dipastikan sama ada pada masa kejadian, cucu itu sendiri telah dijangkiti Covid-19.

Mexico mencatatkan 150,264 kes positif Covid-19 dengan 17,580 kematian yang dilaporkan setakat 16 Jun.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular