- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

COVID-19 : Sekumpulan 16 rakan disahkan positif selepas sambut hari lahir di sebuah bar yang baru dibuka semula

Sekumpulan 16 rakan telah disahkan positif COVID-19 setelah menyambut ulang tahun kelahiran di sebuah bar di Jacksonville Beach, Florida, yang turut menjangkiti tujuh orang pekerja bar terbabit.

Menurut laporan, bar tersebut dipenuhi dengan ramai pengunjung dan tiada seorang pun yang memakai pelitup muka. “Kami mahu menyedarkan orang ramai mengenainya”, kata salah seorang daripada mereka, Kat Layton.

Manakala Erika Crisp pula berkata bahawa ia tidak dapat dilihat kerana mereka tidak tahu siapa yang menghidapnya. Manakala datuk bandar dan gabenor juga berkata bahawa semuanya baik-baik sahaja. Namun setelah beberapa hari, mereka mulai jatuh sakit.

Paparan Skrin/The Cut [1]

“Saya menerima pesanan teks daripada rakan saya yang mengatakan bahawa mereka positif, berturut-turut. Ia merupakan sesuatu yang membimbangkan”, jelas Dara Sweet pula.

Walaupun mereka tiada gejala selesema namun mujurlah tiada siapa yang sakit teruk. Wanita-wanita berkenaan percaya bahawa mereka dijangkiti virus pada acara di bar tersebut.

Sejak daripada itu juga, mereka mengatakan bahawa mereka telah menerima banyak mesej daripada pengunjung lain bar berkenaan, mengatakan bahawa mereka turut jatuh sakit selepas pergi ke bar itu.

Kat, Erika dan Dara ketika diwawancara oleh wartawan CNN, Chris Cuomo

Paparan Skrin/CNN [2]

Oleh itu, mereka mahu orang lain sentiasa berwaspada walaupun pelbagai perintah dan kawalan mula dilonggarkan. “Saya rasa agak jahil, ia berlaku dengan pantas”, luah Erika lagi.

Menurut Jabatan Kesihatan, Florida masih terus membuka dan melonggarkan sekatan yang dilaksanakan sebelum ini walaupun terdapat kes baru yang direkodkan. “Tidak, kami tidak akan melakukan penutupan”.

“Kami akan bergerak ke hadapan dan terus melindungi golongan yang rentan dan terdedah. Kami akan terus menasihati agar orang awam mengekalkan penjarakan sosial”, kata gabenor, Ron DeSantis.

loading...