Menerusi perkongsian di internet, kita telah menyaksikan pelbagai jenis kucing dengan keistimewaan mereka yang tersendiri. Bagaimanapun, kami pasti, kucing yang satu ini belum pernah lagi anda lihat sebelum ini.

“Cat” yang secara literalnya bermaksud “kucing”, mempunyai warna bulu yang sangat unik. Campuran warna putih dan kelabu membuatkan Cat digilai ramai. Ditambah pula dengan matanya yang membulat, ciri-ciri ini membuatkan Cat lebih menonjol dan berjaya membuatkan orang jatuh hati walau hanya sekali pandang!

Bukan sahaja warna bulu Cat yang merupakan campuran dua warna di bahagian tubuhnya, malahan campuran warna ini juga begitu ketara kelihatan di bahagian wajahnya. Tanpa perlu dikatakan dengan jelas, semua orang boleh melihat bahawa Cat mempunyai separuh wajah yang berwarna putih dan separuh lagi berwarna kelabu. Memang unik!

Cat dilahirkan pada bulan Ogos 2018 dan baru mahu menginjak usia dua tahun. Cat kini tinggal di Thailand bersama pemiliknya yang mengasihi Cat sepenuh hati. Cat merupakan kucing kacukan dari baka Persian dan Scottish Fold.

Mungkin, disebabkan itulah Cat dikurniakan dengan rupa yang sangat comel!

Walaupun Cat mempunyai keunikannya yang tersendiri seakan-akan biskut hitam dan putih “Oreo”, namun Cat tetap sihat dan mempunyai minat sama seperti kucing-kucing lain. Misalnya, Cat gemar bermain dengan tisu tandas, sama seperti kucing lain.

Lihat sahajalah wajah dan gelagat Cat ini, memang sangat comel! Geram dibuatnya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular