Ketika waktu getir memastikan jutaan warga Malaysia dapat tinggal dengan selesa di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, perlu diingat pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa pasukan barisan hadapan demi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara. 

Ada kalangan mereka yang tidak dapat berjumpa dengan ahli keluarga sepanjang PKP kerana tugas dan tanggungjawab kepada negara seperti anggota polis dan tentera, yang mana akhirnya dapat bertemu kembali dengan anak-anak dan isteri setelah beberapa bulan berpisah.

Tetapi nampaknya selepas PKPP, kisah pertemuan semula yang menghangatkan jiwa akan dapat diteruskan kerana semakin ramai petugas barisan hadapan akhirnya mendapat rehat yang amat mereka perlukan serta apa yang paling penting mereka dapat kembali kepada kehidupan berkeluarga.

Friends Of PDRM/Facebook

Seperti polis ini yang akhirnya dapat kembali pulang menemui ibunya yang sudah tua setelah bertugas di barisan hadapan selama lebih empat bulan.

Adegan menyentuh hati itu dirakam menerusi aplikasi TikTok oleh salah seorang rakan sekerja anggota polis berkenaan setelah dia dengan teruja keluar dari kereta menuju ke laman hadapan rumahnya, di mana ibunya sudah menunggu. 

Friends Of PDRM/Facebook

Rakaman video tersebut dikongsi di laman Facebook Friends Of PDRM.

Friends Of PDRM/Facebook

Sebaik sahaja kereta berhenti dan polis itu keluar, dia mencium tangan ibunya dan ketika itu saat sebak menyentuh hati apabila melihat ibu dan anak ini menjadi sebak dan saling berpelukan selama lebih dari satu minit!

Friends Of PDRM/Facebook

Sejak rakaman video itu dimuat naik, ia telah mendapat perhatian lebih 21,000 netizen dan masyarakat Malaysia, yang rata-rata memberi penghargaan mengucapkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan di atas komitmen dan pengorbanan mereka demi negara di sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular