KUALA LUMPUR –  Sebuah kilang memproses tauhu yang terletak di Cheras didapati berada dalam keadaan yang kotor dan berbau busuk, selain turut dipenuhi dengan lipas.

Perkara itu dikesan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika pihak mereka membuat pemeriksaan sanitasi di premis berkenaan pada 15 Jun yang lalu.

DBKL/Facebook

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata ketika pemeriksaan, lima anggota Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL turut menemui hurungan lipas di kilang tersebut.

DBKL/Facebook

Beliau turut menambah bahawa lantai dan dinding di tempat memproses serta menyediakan tauhu di kilang berkenaan juga didapati kotor dan hitam, manakala bahagian tandasnya pula berbau dan berdaki.

DBKL/Facebook

Tambah beliau lagi, pengendali pula tidak memakai kasut dan penutup kepala ketika memproses makanan, selain kilang itu didapati tidak melantik mana-mana syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual.

DBKL/Facebook

Susulan itu, tindakan Penutupan Premis Tidak Suci, mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan selama 14 hari, berkuat kuasa 16 Jun 2020.

“Jika didapati masih kotor, notis penutupan baharu akan dikeluarkan dan kilang itu berkemungkinan akan dibatalkan lesen”, katanya.

DBKL/Facebook

Beliau turut menggesa semua pihak yang terbabit dalam pembuatan makanan agar sentiasa menjaga kebersihan dan mutu produk yang dihasilkan sambil menambah bahawa pihaknya akan memerangi habis-habisan pengeluar yang kotor sebegini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular