Memetik laporan berita media India tentang konflik sempadan China-India yang meletus pada 15 Jun, dilaporkan terdapat 43 orang tentera China telah terkorban.

Photo by TAUSEEF MUSTAFA/AFP via Getty Images

Berdasarkan kiriman Asia International News (ANI) di laman Twitter, kerajaan India mendedahkan bahawa terdapat 43 korban dalam konflik ketenteraan China di Lembah Galwan. Namun, setakat ini, Beijing belum memberikan angka tepat korban tentera China.

Tentera India mengatakan dalam satu kenyataan semalam bahawa setelah kematian seorang pegawai dan dua orang askar sebelumnya, 17 lagi tentera India dilaporkan telah cedera parah. Kenyataan itu juga menyatakan bahawa tentera India dan China telah dipindahkan dari Lembah Galwan.

Photo by PRAKASH MATHEMA/AFP via Getty Images

Ketua editor media rasmi China “Global Times”, Hu Xijin, pada 16 Jun memuat naik kiriman di laman Weibo dengan mengatakan bahawa konflik fizikal yang serius berlaku antara tentera China dan India, dan terdapat korban jiwa di China.

Photo by SAM PANTHAKY/AFP via Getty Images

“Saya ingin memberitahu orang India di sini, jangan menganggap bahawa sekatan dari China sebagai lemah, dan jangan sesekali bersikap sombong di hadapan China.” Beliau bagaimanapun tidak memberi komentar tentang korban tentera China dalam kirimannya.

Photo by SAJJAD HUSSAIN/AFP via Getty Images

Terdahulu pada tahun 1962, perang sempadan singkat telah tercetus antara China dan India. Walaupun rundingan berterusan selama lebih dari dua dekad dilangsungkan, namun perselisihan perbatasan masih belum dapat diselesaikan.

Sejak konflik berdarah meletus di timur Himalaya pada tahun 1967, tidak ada korban jiwa antara kedua-dua pihak di kawasan perbatasan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular