Teka-teki merujuk kepada penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang tertentu, di mana ia bertujuan untuk menguji akal seseorang. Lazimnya, teka-teki mempunyai jawapan yang menarik dan lucu. Oleh kerana itulah, ia digemari ramai khususnya golongan kanak-kanak.

Gambar hiasan/Pixabay

Ringkasnya, terdapat pelbagai jenis teka-teki yang wujud dalam dunia ini. Teka-teki yang biasa mempunyai jawapan yang logik dan relevan dengan kehendak soalan. Namun ada juga yang berbentuk gurauan dan kurang logik.

Seperti satu video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @aimansalim_ ini. Menerusi video tersebut, kita dapat lihat Aiman sedang bermain teka-teki Melayu di telefon bimbitnya.

Melucukan apabila teka-teki yang diterima Aiman agak tidak logik jawapannya namun ia cukup menghiburkan semua yang menyaksikannya. Berikut adalah soalan yang ditanyakan :

#1 Makanan apa yang asalnya jauh dari negeri Perak? Jawapannya adalah buah Melaka!

#2 Bom apakah tidak boleh meletup? Jawapannya, bomba.

#3 Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam. Maka ayam jadi apa? Jawapannya adalah ayam jadi banyak!

#4 Dia lembu tapi bukan lembu.. Apa agaknya ya? Jawapannya adalah gambar lembu.

#5 Buah apakah kalau kita mahu makan, kena langkah dahulu? Jawapannya adalah buah dam.

#6 Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang berwarna hitam? Ini mesti ramai yang tahu, bukan? Jawapannya bunga tayar.

#7 Bila kita mahu ambil, susah. Bila sudah dapat, kita buang sahaja. Apakah itu? Jawapannya adalah tahi hidung!

#8 Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat? Jawapannya adalah lidah buaya..

#9 Pokok apa yang suka berkahwin? Jawapannya adalah….pokok pinang!

Walaupun soalan yang diberikan agak pelik dan tidak pernah terfikir oleh kebanyakan daripada kita, namun ia sudah cukup untuk membuatkan kita tertawa sendiri. Di tambah pula dengan mendengar jawapan Aiman. Lagilah pecah perut!

Aksi Aiman itu mendapat lebih 130,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi pengguna Twitter yang lain.

@aimansalim_/Twitter

@aimansalim_/Twitter

@aimansalim_/Twitter

Mungkin anda boleh cuba bertanyakan soalan teka-teki ini kepada kenalan mahupun keluarga anda kelak. Ataupun anda ada koleksi teka-teki yang lain? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen ya..

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular