Bob, seekor kucing jalanan yang selama ini menjadi sahabat dan peneman yang paling setia buat pemiliknya, James Bowen, telah diumumkan meninggal dunia pada 15 Jun lalu ketika umur Bob mencapai kira-kira 14 tahun.

A Street Cat Named Bob/Facebook

James pertama kali bertemu Bob pada tahun 2007 ketika Bob masih kecil dan ditinggalkan bersendirian di jalanan dan tercedera. Bagaimanapun, tanpa James ketahui, keputusannya untuk menjaga Bob telah mengubah kehidupannya sepenuhnya.

Sepanjang kehidupan Bob, Bob tidak jemu menemani James membuat persembahan jalanan dan menjual The Big Issue. Dan, kisah hidup ‘pasangan’ ini juga telah diabadikan oleh James dalam karyanya “A Street Cat Named Bob” dan tanpa disangka-sangka, karya pertama James yang ditulis khas untuk Bob ini mendapat sambutan ramai kerana kisahnya yang luar biasa.

A Street Cat Named Bob/Facebook

Oleh kerana kisah Bob mendapat sambutan ramai, James seterusnya mengeluarkan tulisannya yang kedua, yang turut mengisahkan tentang Bob, iaitu “The World According to Bob” dan beberapa karya tulisannya yang seterusnya seperti “A Gift From Bob” dan “The Little Book of Bob”.

Kesemua karya yang mengetengahkan Bob sebagai watak utama ini telah berjaya dijual sehingga lebih dari 8 juta unit dan diterjemahkan dalam lebih dari 40 bahasa.

Bukan itu sahaja, kisah mengenai Bob juga telah dijadikan filem pada tahun 2016 dengan Luke Treadaway melakonkan watak James dan Bob juga muncul dalam filem khas buatnya ini.

A Street Cat Named Bob/Facebook

Selepas kisah Bob mendapat perhatian ramai, Bob telah menjalani kehidupan yang lebih menakjubkan. Bob menemui semua peminat-peminatnya di majlis, mengembara di seluruh dunia dan menjalani kehidupannya sebagai seekor kucing yang terkenal.

Disebabkan itulah, kehilangan Bob merupakan satu peristiwa yang ditangisi. Pasti ramai yang akan merindui Bob.

A Street Cat Named Bob/Facebook

Menceritakan tentang kehilangan Bob, James berkata: “Bob telah menyelamatkan kehidupan saya. Semudah itu. Bob memberikan saya lebih banyak lagi daripada peneman. Dengannya disamping saya, saya menemui arah dan tujuan yang selama ini telah hilang. Kejayaan yang telah kami kecapi bersama melalui  buku-buku dan filem kami adalah sangat ajaib. Bob telah menemui ribuan orang, menyentuh kehidupan jutaan orang. Tidak akan ada kucing yang sepertinya. Dan tidak akan lagi.

“Saya rasa seperti cahaya telah terpadam daripada kehidupan saya. Saya tidak akan melupakan Bob.”

Filem siri kedua yang memaparkan kehidupan Bob dijangka akan ditayangkan pada tahun ini dengan kemunculan Bob yang akan dirindui ramai.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular